UNISSA MENERIMA BUKU-BUKU WAKAF DARI SURUHANJAYA TINGGI REPUBLIK ISLAM PAKISTAN

bukuwakaf_pakistan2

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 Januari 2019 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini sekali lagi menerima sumbangan buku daripada Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Ahmed Ali Sirohey.

 

Sejumlah 66 buah buku disumbangkan dan disampaikan sendiri oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan yang diterima oleh Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

Buku-buku ini meliputi pelbagai topik seperti kajian Islam, hubungan antarabangsa Pakistan, Kebudayaan, politik, ekonomi, sejarah, tokoh-tokoh terkenal serta beberapa buku akademik.

 

YM Rektor UNISSA mengucapkan penghargaannya kepada Pemangku Pesuruhjaya Tinggi atas sumbangan tersebut yang dapat membantu Perpustakaan UNISSA dalam menambah lagi bahan bacaan dan koleksi sebagai rujukan kepada orang ramai khususnya para mahasiswa UNISSA.

 

Setakat ini, UNISSA telah menerima sumbangan buku daripada Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan lebih daripada 200 buah buku sejak tahun 2016.

 

Terdahulu sebelum itu, perjumpaan telah diadakan di Pejabat Rektor UNISSA dalam rangka mengeratkan lagi hubungan kerjasama dua hala antara UNISSA dan Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di samping akan mengadakan program-program ilmiah yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam mengukuhkan hubungan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan.

 

Majlis dihadiri sama oleh Timbalan Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain Bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan Penolong Rektor, Yang Mulia, Dr. Arman bin Haji Asmad.

 

Yang Mulia, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan dan Yang Mulia, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

 

Attachment

Related News