UNISSA MENERIMA SUMBANGAN MUSHAF AL-QURAN DAN BUKU-BUKU DARI KEDUTAAN BESAR ARAB SAUDI DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

kedutan besar

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Disember – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini sekali lagi menerima sumbangan mushaf al-Quran dan buku-buku daripada Kedutaan Besar Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam. Penyampaian mushaf dan buku-buku tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Ali Abdullah A. Al Shehry, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam.

Sebanyak 550 buah Mushaf al-Quran serta tafsiran bahasa Melayu dan Inggeris di samping 553 buah buku-buku telah diterima oleh Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Sebelum penyerahan Mushaf dan buku-buku tersebut, Yang Mulia Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam telah membuat sesi perjumpaan dengan Rektor UNISSA.

Tujuan kunjungan tersebut ialah bagi meninjau peluang-peluang kolaborasi dan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan Islam,

YM Rektor, UNISSA dalam pertemuan tersebut menyatakan perasan berbesar hati kerana UNISSA diberi penghormatan dengan diberi sumbangan mushaf dan buku-buku tersebut dan diharap hubungan kerjasama antara UNISSA dan Kedutaan Besar Arab Saudi akan terus terjalin.

 

YM Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal menerima buku daripada Yang Mulia Ali Abdullah A. Al Shehry, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam

Related News