UNISSA MENYERTAI PERTANDINGAN MAIN PERANAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA SERANTAU YANG PERTAMA (1ST REGIONAL INTERNATIONAL HUMANITARIAN LAW ROLE PLAY)

Bandar Seri Begawan, 5 Oktober:- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) akan menyertai Pertandingan Main Peranan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Serantau yang pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pertandingan yang penuh berprestij itu akan diadakan pada 6hb Oktober 2018.
UNISSA akan diwakili oleh tiga orang pelajar daripada program Sarjana Muda Undang-undang dan Sarjana Muda Perundangan Syariah iaitu Arif Azhan bin Awg Besar, pelajar tahun 3; Muhammad Hafiz bin Haji Hamzulani, pelajar tahun 4 dan Muhammad Rusydudin bin Bagul, pelajar tahun 5.
Ikut sama mengiringi rombongan ialah seorang pensyarah dari Fakulti Syariah dan Undang-undang; Dr Ahmad Ma’sum.
UNISSA mengikuti pertandingan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Pasukan UNISSA juga akan bersaing dengan pasukan-pasukan dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Jepun. Dengan itu, pelajar akan dapat mempertingkat ilmu dan pengalaman terutama sekali dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang merupakan isu kontemporari yang tidak kurang pentingnya di era globalisasi yang tiada sempadan.

Dr Hajah Mas Nooraini binti Haji Mohiddin, Dekan Fakulti Shariah dan Undang-Undang bersama pelajar terlibat



