UNISSA MENYERTAI PERTANDINGAN PENGHUJAHAN MAHKAMAH SYARIAH

penghujahan mahkamah1

Bandar Seri Begawan, 26 Oktober: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghantar pelajar untuk menyertai Pertandingan Penghujahan Mahkamah Syariah di Universiti Sains Islam Malaysia yang akan diadakan pada 27hb hingga 28hb Oktober 2018.

 

UNISSA akan diwakili oleh tiga orang pelajar tahun 5 (tahun akhir) dari program Sarjana Muda Undang-undang dan Sarjana Muda Perundangan Syariah iaitu Nurhani Basirah binti Haji Chipli, Nurul Husna Aqilah binti Haji Abidin, dan Nur A’bidah Haji Mahri. Ikut serta bagi mengiringi rombongan ini ialah salah seorang pensyarah dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU); Yang Mulia, Dr Widad binti Haji Abd Aziz.

 

Tujuan mengikuti pertandingan ini adalah untuk melatih mahasiswa/mahasiswi petah berhujah, berkeyakinan untuk bercakap di khalayak ramai, mengeluarkan hujah berserta bukti dan meningkatkan keupayaan dan syakhsiah mahasiswa/mahasiswi dan mendedahkan mahasiswa/mahasiswi di dalam menyediakan hujahan bertulis dan penghujahan lisan secara professional.

 

Hadir mengucapkan selamat jalan kepada rombongan ialah Yang Mulia Dr Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin, Dekan FSU dan Dr Hajah Hanan binti Pehin Dato Haji Abdul Aziz, Timbalan Dekan FSU.

 

Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang bersama rombongan

Related News