UNISSA PENGANJUR BERSAMA DALAM SeIPTI

SeIPTI

Malaysia, 25-26 November yang lalu, seramai 18 orang tenaga akademik dari UNISSA telah menghadiri Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam (SeIPTI) di Universiti Islam Sains Malaysia.

 

Seminar tahunan yang bermula pada tahun 2012 tersebut merupakan kolaborasi 4 rakan strategik universiti iaitu Universiti Islam Sultan Syarif Ali (UNISSA) Negara Brunei Darussalam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universitas Darussalam Gontor Indonesia (UNIDA), dan Universiti Fatoni Thailand. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Zulkefly Mohamad Bin Omar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan Malaysia.

 

Manakala tema SeIPTI 2018 ialah “MERINTIS KAMPUS BARAKAH: MENUJU KE ARAH KECEMERLANGAN GLOBAL INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI ISLAM SERANTAU”. Setiap tahun SeIPTI membincangkan tema berbeza khusus berkenaan dengan perkembangan pengajian Islam. Sebanyak 110 kertas kerja yang telah dibentangkan termasuk 18 kertas kerja dari UNISSA.

 

Forum bagi membincangkan tema “Kampus Barakah” juga diadakan selepas majlis perasmian yang melibatkan ketua-ketua 4 buah universiti sebagai ahli panel di mana UNISSA telah diwakili oleh Dr Arman bin Hj Asmad, Penolong Rektor UNISSA. Selain itu, kertas kerja yang ditulis oleh Dr Hjh Lilly Suzana binti Haji Shamsu bersama dengan Ustazah Hjh Nurol Halimatul Wara’ binti Hj Momin telah mendapat anugerah kertas kerja terbaik dalam  kategori kertas kerja bahasa Melayu. Manakala kertas kerja yang ditulis oleh Dr Hj Sohibuddin bin Laming telah mendapat anugerah dalam kategori kertas kerja Bahasa Arab.

 

Upacara penyerahan tuan rumah SeiPTI 2019 telah diserahkan oleh Naib Canselor USIM kepada Dr Arman bin Haji Asmad di mana UNISSA akan menjadi tuan rumah SeIPTI bagi kali kedua sejak ianya diadakan di UNISSA  pada tahun 2013.

 

Gabungan Tenaga Akademik UNISSA dengan Universiti Serantau

Related News