UNISSA PILIHAN MOBILITI PELAJAR LUAR NEGARA

mobiliti1

Bandar Seri Begawan: Hubungan Kerjasama antara UNISSA dengan institusi-institusi luar negara, selain program bermutu merupakan faktor utama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menjadi pilihan pelajar luar negara memilih UNISSA sebagai tempat melanjutkan pengajian.

 

Selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Titah Baginda sempena Majlis Haflut Takharruj ke-5 UNISSA 2015  “UNISSA telah mula menjadi tarikan kepada pelajar-pelajar antarabangsa, khususnya dari rantau Asia Tenggara. UNISSA dipilih sebagai destinasi untuk mengikuti pengajian Islam dan bahasa Arab, sama ada program jangka pendek mahupun jangka panjang”.

 

Sejak ditubuhkan pada tahun 2007, UNISSA tidak kendur-kendur berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran dan mendapat pengiktirafan peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan adanya jalinan memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MOA) dengan Institusi pengajian tinggi dan agensi yang berprestij telah menghasilkan pelbagai program dan aktiviti yang telah dilaksanakan antara kedua belah pihak antaranya program mobiliti pelajar dan program internship bagi pelajar luar negara ke UNISSA.

 

Antara pelajar-pelajar luar negara yang mengikuti program mobiliti pelajar dan program internship  sesi pengajian 2017/2018 ialah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seramai 6 orang, Kolej Pengajian Islam, Prince Songkla Universiti (PSU), Thailand seramai 6 orang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Malaysia seramai 3 orang dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seramai 4 orang.

 

Penglibatan pelajar-pelajar luar negara ini merupakan satu pengiktirafan terhadap UNISSA sebagai salah sebuah peneraju pusat pengajian Islam di rantau ini.

 

mobiliti1

Antara Pelajar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 

mobiliti2

Pelajar daripada Kolej Pengajian Islam, Prince Songkla Universiti (PSU), Thailand

 

Attachment

Related News