UNISSA PUPUK SUASANA MASYARAKAT PENYAYANG MENERUSI PROGRAM TUNAS HARAPAN KE-4 2019

Yang Mulia Dekan FEKIm UNISSA menyampaikan cendermata kepada Pengetua Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam.

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 19 Oktober 2019 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) telah mengadakan aktiviti khidmat masyarakat tahunannya iaitu Program Tunas Harapan Kali ke–4 (PTH-4) yang dikendalikan oleh mahasiswa-mahasiswi tahun 3 FEKIm UNISSA. Pada tahun ini tema program ialah ‘Mujtamak Rahim’ yang bermaksud ‘Masyarakat Penyayang’.

 

Seramai 48 orang mahasiswa-mahasiswi tahun 3 FEKIm UNISSA telah terlibat menjayakan program tersebut yang dipengerusikan oleh Abdul Raziq bin Haji Yussof, Mahasiswa Tahun 3, Program Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kewangan Islam.

 

Sasaran khidmat masyarakat PTH-4 pada tahun ini ialah penuntut dari Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Kampung Serasa. Seramai 88 orang penuntut Tahun 7 telah mengikuti program tersebut.

 

Program diisikan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bagi memberi kesedaran kepada peserta mengenai pentingnya mewujudkan suasana harmoni, kasih mengasihi, bantu membantu, hormat menghormati di samping memberi kesedaran mengenai bahaya perbuatan buli yang membawa impak negatif terhadap individu, masyarakat dan negara serta cara untuk menanganinya.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Penutupan PTH-4 ialah Yang Mulia Cikgu Awang Omar Arif bin Abdullah Lasit, Pengetua Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Serasa. Juga turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Muia Dr Abdul Nasir bin Abdul Rani, Dekan FEKIm UNISSA, guru-guru Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Serasa, dan para Pensyarah dari FEKIm UNISSA.

 

Majlis Penutupan PTH-4 telah diserikan dengan tayangan video bertajuk “Buli” lakonan daripada Ahli Jawatankuasa Kerja PTH-4. Penyampaian sijil penyertaan dan hadiah kumpulan terbaik PTH-4 telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis. Penyampaian sijil dan cenderamata telah disampaikan oleh Yang Mulia Dekan FEKIm UNISSA kepada Pengetua sekolah sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan PTH-4 tahun ini.

 

 

Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Cikgu Awang Omar Arif bin Abdullah Lasit, Pengetua Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Serasa menyampaikan hadiah kepada kumpulan terbaik.

 

Yang Mulia Dekan FEKIm UNISSA menyampaikan cendermata kepada Pengetua Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam.

 

Attachment