UNISSA SERTAI EKSPO PENGAJIAN TINGGI 2020 8 & 9 FEBRUARY 2020

he

Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengalu-alukan kunjungan orang ramai dalam EKSPO Pengajian Tinggi 2020 yang merupakan acara tahunan anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasama institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebagai platform kepada bakal-bakal pelajar untuk meneruskan perjalanan akademik mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dengan adanya peluang ini bakal-bakal pelajar akan dapat menerokai program-program akademik yang ditawarkan oleh UNISSA melalui konsultansi bersama pensyarah-penysarah akademik dari  beberapa fakulti dan pusat-pusat di UNISSA yang menawarkan pelbagai program tertentu.

Dalam EKSPO ini, UNISSA mempromosikan program-program pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah serta Diploma.  

Tawaran ini secara tidak langsung menarik perhatian pemohon pelajar antarabangsa untuk mengikuti pengajian di UNISSA yang mempunyai  kualiti setanding dengan universiti luar negara. Faktor keselamatan di Negara Brunei Darussalam dan pembiyaan sara hidup yang rendah di sini juga menjadi salah satu faktor yang menarik  minat para pelajar antarabangsa untuk belajar di UNISSA.

Orang ramai bolehlah mendapatkan lebih banyak info mengenai program-program yang ditawarkan oleh UNISSA di dalam EKSPO Pendidikan Tinggi 2020 pada 8 -9 Februari 2020 ini yang mana turut menyediakan peluang untuk bersemuka dan berbincang dengan para tenaga akademik mengenai peluang penyelidikan mengenai pelbagai topik .

Bagi pemohon siswazah, mereka mesti menyediakan cadangan penyelidikan yang baik yang diteliti untuk keaslian, inovasi dan keserasian dengan matlamat ‘Wawasan 2035’. Pemohon siswazah antarabangsa juga menjadi ‘duta’ untuk UNISSA apabila mereka lulus dan kembali ke negara asal mereka sebagai pemegang Masters atau Doktor.

UNISSA juga turut menawarkan ‘Program At-Tamayyuz’ yang membolehkan para pelajar  program sarjana muda untuk menjalani pengajian di tahun ke-3 mereka di beberapa universiti luar negeri, tertakluk pada syarat-syarat yang telah ditentukan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program siswazah dan peluang penyelidikan serta sarjana di UNISSA, berkunjunglah ke EKSPO Pengajian Tinggi 2020 pada 8-9 Februari 2020 di Dewan Bridex atau melayari laman website di http://www.UNISSA.edu.bn dan tekan LIKE atau add friend ke Unissa Rasmi di facebook.