UNISSA TERIMA KUNJUNGAN DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK JEPUN

Jepun1

Bandar Seri Begawan, 24 April 2018: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pagi ini telah menerima kunjungan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Motohiko KATO.

 

Kunjungan  Tuan Yang Terutama tersebut telah diiringi Setiausaha Ke Dua Yang Mulia, Mr Hiroki Akasaka dan dialu-alukan oleh Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

 

Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi meninjau peluang kerjasama dalam bidang pendidikan dan juga untuk memberikan perkongsian tentang Kebudayaan Jepun.

 

Kedutaan Jepun telah banyak terlibat dalam aktiviti-aktivi kemasyarakatan dan bidang pendidikan di Negara Brunei Darussalam. UNISSA sebagai sebuah universiti Islam bertaraf antarabangsa memberikan sokongan dan telah pun membuka ruang melalui program-program seperti Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban dan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam untuk menerokai kerjasama strategik dengan institusi-institusi di Jepun.

 

UNISSA telah pun memeterai penandatanganan Memorandum Persefahaman dengan Universiti OSAKA        pada 16 October 2017 sempena Hafl al-Takharruj UNISSA ke 7.

 

Perjumpaan singkat ini juga secara langsung menyentuh mengenai program-program yang ditawarkan di UNISSA bagi melihat ruang yang boleh diikuti oleh pelajar negara berkenaan di UNISSA. Di samping itu, pelajar UNISSA akan dapat mempelajari budaya Jepun yang terkenal dengan sistem teknologi dan penjagaan alam sekitar yang teratur.

 

Kunjungan ini dihadiri sama oleh Timbalan Rektor, Yang Mulia, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, UNISSA Yang Mulia, Awang Haji Sammali bin Haji Adam.

 

Jepun1

Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dan Tuan Yang Terutama Motohiko Kato, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun

Related News