UNISSA terima sumbangan buku Suruhanjaya Pakistan

suruhanjaya pakistan1

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 April – Uni-versiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), hari ini, telah menerima sebanyak 55 buah buku yang disumbangkan Suruhanjaya Republik Islam Pakistan di Negara Brunei Darussalam pada majlis yang diadakan di Perpustakaan UNISSA.


Sumbangan berkenaan telah diserahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan kepada Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal. Buku yang disumbangkan pada majlis tersebut meliputi pelbagai tajuk dan bidang seperti pengajian Islam, hubungan antarabangsa, ekonomi politik, sejarah Republik Islam Pakistan dan banyak lagi.


Dalam ucapan alu-aluannya, Dr. Haji Norarfan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan buku berkenaan dan berharap agar ia dapat menjadi medium untuk memperkaya dan memperluaskan lagi pengetahuan mereka pada Republik Islam Pakistan.


Sebelum ini, pada 2016, Perpustakaan UNISSA juga telah menerima sejumlah 123 buah buku daripada Suruhanjaya Republik Islam Pakistan.


Kini koleksi antarabangsa perpustakaan berkenaan berkembang menerusi sumbangan daripada Suruhanjaya Republik Islam Pakistan dan Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam.


suruhanjaya pakistan1

TYT Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan ketika menyerahkan sumbangan buku kepada Dr. Haji Norarfan.


suruhanjaya pakistan2

TYT Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan dan Dr. Haji Norarfan bersama tetamu lain di majlis penyerahan sumbangan buku di Perpustakaan UNISSA.

Attachment

Related News