UNISSA WAKILI PERSIDANGAN ULAMA ANTARABANGSA 2018 DI LOMBOK.

lombok1

Lombok, 29 Julai 2018: Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri Persidangan Ulama Antarabangsa 2018 anjuran Wilayah Nusa Tenggara Barat, Pertubuhan Antarabangsa Alumni Universiti al-Azhar Cawangan Indonesia dan Forum Alumni Timur Tengah.

 

Persidangan yang membawa tema “Wasathiyyatul Islam Menurut Perspektif Ahlussunnah Wal Jama’ah” diadakan pada 26 hingga 29 Julai 2018 di Mataram, Lombok, Indonesia dan dihadiri ulama dari 22 buah negara termasuk ulama-ulama dari Universiti al-Azhar Mesir, Sudan, Maghribi, Syria, Iraq, Yemen, Tunisia dan Malaysia.

 

Setelah bersidang selama dua hari, para peserta persidangan sepakat bahawa Ahlussunnah Wal Jama’ah adalah mereka yang mengikuti ajaran Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam dan para sahabat Baginda, yang berpegang teguh pada Al-Qur’an dan Sunnah, iaitu para pengikut Asy’ariyyah-Maturidiyyah, para fuqaha, ahli hadis dan tasawwuf yang mengikuti Al-Qur’an dan hadis Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam.

 

Persidangan juga bersetuju bahawa aliran pemikiran, rasisme dan diskriminasi dalam bentuk apa pun yang bertentangan dengan wasathiyyah Islam harus ditentang dengan berbagai cara kerana ia berpotensi meruntuhkan keutuhan tanah air dan menjejaskan keharmonian sosial.

 

Persidangan juga menekankan keperluan menyediakan program pendidikan yang dibangun atas dasar wasathiyyah Islam dan menolak kekerasan, dengan sasaran generasi muda yang akan menjadi harapan masa depan dalam usaha membangun dan melindungi mereka dari pemikiran ekstrem yang bertentangan dengan wasathiyyah.

 

Persidangan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Gubernor Lombok, Dr Muhammad Zainul Majdi, manakala majlis penutup dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu.

 


Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA bersama Tuan Yang Terutama Gubernor Lombok, Dr Muhammad Zainul Majdi

 


Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA bersama Para Ulama’ yang hadir dalam Persidangan Ulama Antarabangsa 2018

Attachment

Related News