PENGENALAN ETU

Unit ETU (Educational Technology Unit) atau Unit Teknologi Pendidikan ditubuhkan adalah untuk memberikan perkhidmatan sokongan (support services) akademik di Universiti Islam Sultan Sharif Ali. ETU memberikan perkhidmatan untuk pentadbiran Universiti dan fakulti-fakulti dengan memberi cadangan melalui reka bentuk dan penilaian bahan-bahan pengajaran.

ETU juga menyediakan kemudahan dalam bidang teknologi pendidikan dan rekabentuk instruksional. Ini termasuk perkembangan dalam aplikasi video, audio, multimedia, grafik dan fotografi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ataupun pengendalian sesebuah acara di Universiti Islam Sultan Sharif Ali.