Vol. 3 No. 1 (2023): Al-Shafi'i: Vol 3, Jan - June 2023
Articles

STRATEGI PEMERKASAAN BAHAGIAN KHIDMAT NASIHAT KELUARGA (BKNK) DALAM MENGENDALIKAN KRISIS RUMAH TANGGA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Siti Nazihah binti A. Hanni @ Zalanni
Pelajar Doktor Falsafah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Azme Matali
Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Published 2023-12-05

Keywords

  • Strategi pemerkasaan, Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga (BKNK), krisis rumah tangga

How to Cite

Siti Nazihah binti A. Hanni @ Zalanni, & Azme Matali. (2023). STRATEGI PEMERKASAAN BAHAGIAN KHIDMAT NASIHAT KELUARGA (BKNK) DALAM MENGENDALIKAN KRISIS RUMAH TANGGA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Al-Shafi’i | International Journal of Islamic Contemporary Studies, 3(1), 20–45. Retrieved from https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/745

Abstract

Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga (BKNK) merupakan satu lembaga
khusus yang bertujuan membantu masyarakat Islam di Brunei untuk
menyelesaikan masalah pertikaian rumah tangga, di peringkat awal
dengan memberikan nasihat dan bimbingan kepada pasangan. Namun,
peranan bahagian ini dipersoalkan apabila kadar statistik perceraian dilihat
semakin meningkat setiap tahun di Negara Brunei Darussalam. Penulisan
ini betujuan untuk meneliti strategi pemerkasaan BKNK dalam
mengendalikan krisis rumah tangga. Metodologi kajian menggunapakai
pendekatan kualitatif melalui kajian kepustakaan melalui analisis
dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa BKNK mempunyai strategi
pemerkasaan dalam mengendalikan krisis rumah tangga iaitu; 1) BKNK
sebagai satu badan pengukuhan institusi keluarga yang berkompetensi
dalam merealisasikan maksud ‘
al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy ‘an almunkar’; 2) Mempunyai tata cara pengendalian Aduan Mal yang khusus
serta garis panduan sesi khidmat; 3) Menggunakan pendekatan Islamik
dan kemahiran teori bagi menyelesaikan masalah rumah tangga; 4)
Menjalankan kursus dan program kekeluargaan sebagai cara penyelesaian
krisis rumah tangga. Hakikatnya, kejayaan BKNK mendamaikan pasangan
merupakan pencapaian yang terhasil daripada keberkesanan pengurusan
krisis rumah tangga. Sebagai cadangan, kajian ini mencadangkan pihak
BKNK untuk melaksanakan program Kursus Pasca Perkahwinan dengan
memberikan keutamaan kepada pasangan yang telah berkahwin melebihi
tempoh 10 tahun sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kadar
perceraian.