Vol. 3 No. 1 (2023): Al-Shafi'i: Vol 3, Jan - June 2023
Articles

PELAKSANAAN DAKWAH DALAM MEMBANGUNKAN PROGRAM PEMULIHAN KEROHANIAN DAN AKHLAK: PENDEKATAN DISEBALIK TIRAI BESI

Nurul Wafiqah Binti Haji Abd Latif
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam
Hajah Masuriyati Bte Haji Yahya
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam.
Dayang Hajah Tiawa @ Noriah Binti Awang Haji Hamid
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam.

Published 2023-12-05

Keywords

  • Dakwah berasaskan Teknologi Digital; Pendekatan Dakwah; Program Pemulihan Kerohanian dan Akhlak

How to Cite

Nurul Wafiqah Binti Haji Abd Latif, Hajah Masuriyati Bte Haji Yahya, & Dayang Hajah Tiawa @ Noriah Binti Awang Haji Hamid. (2023). PELAKSANAAN DAKWAH DALAM MEMBANGUNKAN PROGRAM PEMULIHAN KEROHANIAN DAN AKHLAK: PENDEKATAN DISEBALIK TIRAI BESI. Al-Shafi’i | International Journal of Islamic Contemporary Studies, 3(1), 69–89. Retrieved from https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/747

Abstract

Kemunculan teknologi pintar telah mengubah rutin
kehidupan harian manusia dengan hanya satu sentuhan.
Perkembangan pesat teknologi digital membolehkan
industri menghasilkan pendigitalan manuskrip dan ini dapat
meluaskan penerbitan Dakwah agar penyebarannya lebih
cepat dan berkesan. Dakwah dalam berbagai bentuk telah
menzahirkan imej Islam sebagai agama universal dan
penyebarannya telah banyak diusahakan tanpa mengenal
penat dan lelah dari para pendakwah itu sendiri. Bertitik
tolak daripada itu, program pemulihan kerohanian dan
akhlak telah disediakan dalam bentuk penyusunan silibus
bagi tujuan membimbing penghuni institut penjara agar
kembali semula ke jalan yang diredai Allah Taala dan
memulakan kehidupan baru di bawah bimbingan ajaran
Islam yang sempurna serta mengikut Sunnah Nabi
Muhammad
allallahu ‘Alaihi Wasallam, juga seharusnya
dibangunkan melalui teknologi digital. Justeru itu, artikel
ini akan meninjau bentuk pemulihan kerohanian dan akhlak
serta cadangan kaedah digitalisasi Dakwah yang
bersesuaian untuk diaplikasikan di institusi-institusi pemulihan sebagai satu pendekatan baru sesuai dengan
kemajuan teknologi digital hari ini. Kajian ini berbentuk
kualitatif dengan menggunakan metode penelitian melalui
sorotan karya literatur. Hasil kajian ini mendapati bahawa
kepentingan sokongan sosial melalui khidmat dakwah
secara kreatif dengan pengisian elemen Tazkiyah al-Nafs,
al-Tawbah, Halaqah, hiburan Islam dan latihan vokasional
dan pendidikan dalam pemulihan terbukti berkesan dan
sebagai usaha untuk mempertingkatkan kualiti kerohanian
penghuni sebagai generasi tirai besi yang beriman dan
bertakwa serta berketerampilan menurut acuan al-Quran
dan Sunnah.