Vol. 3 No. 1 (2023): Al-Shafi'i: Vol 3, Jan - June 2023
Articles

PUNCA TERJADINYA JENAYAH CURI DAN ROMPAK DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Norfaezah Saban
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam.

Published 2023-12-05

Keywords

  • punca- curi – rompak

How to Cite

Norfaezah Saban. (2023). PUNCA TERJADINYA JENAYAH CURI DAN ROMPAK DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Al-Shafi’i | International Journal of Islamic Contemporary Studies, 3(1), 1–19. Retrieved from https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/749

Abstract

Kes jenayah curi dan rompak merupakan dua jenis jenayah
yang hangat diperkatakan di Negara Brunei Darussalam.
Artikel ini ditulis bertujuan untuk mencari punca utama
terjadinya jenayah curi dan rompak yang hangat diperkatakan
di Negara kita ini dari tahun ke tahun walaupun setelah
pengisytiharan Perintahan Kanun Hukuman Jenayah Syariah
telah dilakukan sejak tahun 2013 lagi. Perkara ini
menimbulkan persoalan dan pertanyaan apakah punca yang
sebenarnya kes bagi jenayah curi dan rompak ini seakan-akan
sukar untuk dibendung. Antara persoalan yang timbul apakah
pemberigaan tentang undang-undang hukuman hudud ini tidak
memberi kesan kepada masyarakat. Adapun metodologi
kajian yang digunakan adalah mix-method iaitu kualitatif bagi
kaedah temubual dan juga kuantitatif bagi kaedah kajiselidik.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa punca terjadinya
jenayah curi dan rompak ini ialah berpunca daripada berbagai
faktor yang mana faktor utama ialah seramai 458 orang
responden mengatakan punca utama ialah kesempitan hidup di
samping diperkuatkan lagi dengan kenyataan seramai 229
orang responden bahawa faktor lain yang mendorong kepada
berlakunya jenayah curi dan rompak ini antaranya ialah
berkait rapat dengan pengaruh dadah.