Vol. 6 No. 2 (2023): Ar-Raiq Vol.6, No. 2, December 2023
Articles

PENGLIBATAN WANITA DALAM KESALAHAN MORAL DI BAWAH PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH 2013 DI BRUNEI DARUSSALAM

Norasiah Awang Haji Amai
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Siti Zubaidah Ismail
Universiti Malaya

Published 2023-12-31

Keywords

  • Kesalahan moral,
  • Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah,
  • 2013,
  • Pesalah Wanita

How to Cite

Awang Haji Amai, N. ., & Ismail, S. Z. . (2023). PENGLIBATAN WANITA DALAM KESALAHAN MORAL DI BAWAH PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH 2013 DI BRUNEI DARUSSALAM. AR-RĀ’IQ, 6(2), 19–56. Retrieved from https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/ar-raiq/article/view/758

Abstract

Penglibatan wanita selaku pesalah jenayah merupakan satu polemik yang sentiasa dibincangkan menurut pelbagai perspektif, antaranya dari segi bentuk hukuman, faktor penglibatan mereka, diskriminasi gender dan sebagainya. Dalam konteks jenayah syariah di Brunei Darussalam, sumber rasmi menunjukkan bahawa majoriti pesalah wanita yang terjebak dalam kesalahan jenayah syariah adalah melibatkan kesalahan yang berkaitan dengan moral berbanding dengan berkaitan akidah atau amalan. Sungguhpun demikian, kesalahan moral sebagai kelompok khusus di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 tidak wujud. Tujuan penulisan artikel ini adalah bagi mengkaji tahap penglibatan wanita dalam kesalahan berkaitan moral dan bagaimana hukumannya di bawah peruntukan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013. Dengan menggunakan metod dokumentasi dan temu bual, pelbagai penulisan dan kes penghakiman dirujuk bagi mendapatkan data-data yang bersesuaian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa adanya beberapa peruntukan kesalahan moral yang melibatkan wanita di mana bentuk hukumannya masih sama seperti sebelum Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 dilaksanakan. Hasil daripada penulisan ini akan mencadangkan beberapa hukuman alternatif yang sesuai dalam membantu membendung peningkatan kesalahan moral yang melibatkan wanita