Vol. 6 No. 2 (2023): Ar-Raiq Vol.6, No. 2, December 2023
Articles

SISTEM PENGURUSAN KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN: KAJIAN KES DI KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN, BRUNEI DARUSSALAM

Nurul Hafizah Haji Sarudin
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Adam Jait
Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Published 2023-12-31

How to Cite

Haji Sarudin, N. H. ., & Jait, A. . (2023). SISTEM PENGURUSAN KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN: KAJIAN KES DI KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN, BRUNEI DARUSSALAM. AR-RĀ’IQ, 6(2), 59–120. Retrieved from https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/ar-raiq/article/view/759

Abstract

Artikel ini melaporkan dapatan bagi kajian mengenai sistem pengurusan perlindungan kanak-kanak di Kompleks Rumah Kebajikan Negara Brunei Darussalam: satu-satunya Kompleks Rumah Kebajikan yang terdapat di Negara Brunei Darussalam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk kajian kes. Sampel kajian ini adalah seramai lapan orang terdiri daripada empat orang pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Kompleks Rumah Kebajikan, dua orang mangsa dera yang ditempatkan di Kompleks Rumah Kebajikan dan dua orang penjawat awam yang bertugas mengendalikan kes-kes penderaan iaitu terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Unit Kanak-Kanak, Wanita Dan Keluarga (KWK) Jabatan Pembangunan Masyarakat dan seorang anggota Polis Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak (USJPWDKK). Instrumen utama pengumpulan data kajian ini adalah protokol temu bual berstruktur dan separa berstruktur. Kajian ini mendapati penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian terjadi di Negara Brunei Darussalam. Hasil kajian ini memaparkan KRK telah membuat pelbagai usaha dan inisiatif dalam mengendalikan kanak-kanak yang didera walau bagaimanapun masih memerlukan kepada penambahbaikan seperti mengemaskini kurikulum pendidikan ugama, merancang latihan kepakaran bagi pegawai dan kakitangan yang terlibat dan perkongsian ilmu dengan agensi luar atau Kompleks Rumah Kebajikan yang terdapat di luar negara agar dapat mencetuskan idea-idea pembaikan. Perkembangan kanak-kanak yang didera dan diabaikan sentiasa diambil perhatian dalam usaha melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah baik dan seimbang iaitu dipantau dari segi Rohani, Emosi, Jasmani dan Intelek melalui program-program yang dirancang oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.