AR-RĀ’IQ https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/ar-raiq
AR-RĀ’IQ is an academic refereed journal which is published biannually in June and December by the Centre for Research and Publication, UNISSA. The journal provides a platform for experts in the areas of Islamic Law, Islamic Studies, Linguistics, Islamic Economics and Finance, Management, Malay Culture and Civilization and other related fields to express their views in relation to those issues.
en-US
AR-RĀ’IQ published by UNISSA Press is an open-access journal. All articles are published under the terms of the Creative Commons Attribution 4.0 International License (CC-BY).

This license permits unrestricted use, distribution, and reproduction provided that the authors, citation details, and publisher are clearly identified.

For any reuse or distribution, users must make clear that the article is made available under a Creative Commons Attribution license.
journal.unissa@gmail.com (OJS Support) journal.unissa@gmail.com (OJS Support) Sun, 31 Dec 2023 10:04:14 -0600 OJS 3.3.0.10 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 APLIKASI KAHOOT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS PENGAJIAN ISLAM DI PERINGKAT UNIVERSITI: TINJAUAN AWAL TERHADAP KEBERKESANAN PENGUNAANNYA https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/ar-raiq/article/view/756
Di dalam era revolusi industri 4.0 sekarang ini, tenaga akademik tidak boleh hanya bergantung kepada penggunaan kertas dan pen sahaja. Mereka wajib berjalan seiring dengan peredaran masa, dan sentiasa mengikut tren pengajaran dan pembelajaran terkini bagi memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran dapat diterima dengan baik dan berkesan oleh generasi cilik komputer zaman ini. Aplikasi Kahoot merupakan aplikasi kuiz melalui laman sesawang, yang mampu menghasilkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih menyeronokkan. Kajian ini mengkaji sejauhmana aplikasi Kahoot berfungsi dalam membantu dan menambah kefahaman mahasiswa mahasiswi terhadap kursus yang mereka pelajari, khususnya di dalam pengajian Islam. Kemampuan atau ketidakmampuan mereka menjawab soalan-soalan kuiz yang diberikan, secara tidak langsung, akan memberikan impak kepada tenaga akademik untuk meningkatkan sistem pengajaran mereka. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Pengkaji mengedarkan borang kaji selidik kepada mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat untuk mendapat maklum balas mengenai kajian. Dua kursus telah dipilih iaitu Al-Adab Al-Arabi Al-Hadith, yang ditawarkan di Fakulti Bahasa Arab, UNISSA dan Islamic History and Civilization, yang ditawarkan di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Islam, UNISSA. Dapatan kajian mendapati bahawa mahasiswa mahasiswi sangat tertarik dengan pengunaan aplikasi ini, dan bersetuju bahawa ianya banyak membantu mereka dalam memahami kursus mereka.

rafidah Abdullah, rafizah Abdullah, Radziah Abdullah Copyright (c) 2023 UNISSA Press https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/ar-raiq/article/view/756 Sun, 31 Dec 2023 00:00:00 -0600 BOOK REVIEW OF ‘ISLAMIC SOURCES AND INTERNATIONAL LAW’ https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/ar-raiq/article/view/757
Book Review
Dr Sulaiman Dorloh, Assoc.Prof.Dr.Muhammad Atiullah bin Othman Copyright (c) 2023 UNISSA Press https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/ar-raiq/article/view/757 Sun, 31 Dec 2023 00:00:00 -0600 PENGLIBATAN WANITA DALAM KESALAHAN MORAL DI BAWAH PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH 2013 DI BRUNEI DARUSSALAM https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/ar-raiq/article/view/758
Penglibatan wanita selaku pesalah jenayah merupakan satu polemik yang sentiasa dibincangkan menurut pelbagai perspektif, antaranya dari segi bentuk hukuman, faktor penglibatan mereka, diskriminasi gender dan sebagainya. Dalam konteks jenayah syariah di Brunei Darussalam, sumber rasmi menunjukkan bahawa majoriti pesalah wanita yang terjebak dalam kesalahan jenayah syariah adalah melibatkan kesalahan yang berkaitan dengan moral berbanding dengan berkaitan akidah atau amalan. Sungguhpun demikian, kesalahan moral sebagai kelompok khusus di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 tidak wujud. Tujuan penulisan artikel ini adalah bagi mengkaji tahap penglibatan wanita dalam kesalahan berkaitan moral dan bagaimana hukumannya di bawah peruntukan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013. Dengan menggunakan metod dokumentasi dan temu bual, pelbagai penulisan dan kes penghakiman dirujuk bagi mendapatkan data-data yang bersesuaian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa adanya beberapa peruntukan kesalahan moral yang melibatkan wanita di mana bentuk hukumannya masih sama seperti sebelum Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 dilaksanakan. Hasil daripada penulisan ini akan mencadangkan beberapa hukuman alternatif yang sesuai dalam membantu membendung peningkatan kesalahan moral yang melibatkan wanita
Norasiah Awang Haji Amai, Siti Zubaidah Ismail Copyright (c) 2023 UNISSA Press https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/ar-raiq/article/view/758 Sun, 31 Dec 2023 00:00:00 -0600 SISTEM PENGURUSAN KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN: KAJIAN KES DI KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN, BRUNEI DARUSSALAM https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/ar-raiq/article/view/759
Artikel ini melaporkan dapatan bagi kajian mengenai sistem pengurusan perlindungan kanak-kanak di Kompleks Rumah Kebajikan Negara Brunei Darussalam: satu-satunya Kompleks Rumah Kebajikan yang terdapat di Negara Brunei Darussalam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk kajian kes. Sampel kajian ini adalah seramai lapan orang terdiri daripada empat orang pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Kompleks Rumah Kebajikan, dua orang mangsa dera yang ditempatkan di Kompleks Rumah Kebajikan dan dua orang penjawat awam yang bertugas mengendalikan kes-kes penderaan iaitu terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Unit Kanak-Kanak, Wanita Dan Keluarga (KWK) Jabatan Pembangunan Masyarakat dan seorang anggota Polis Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak (USJPWDKK). Instrumen utama pengumpulan data kajian ini adalah protokol temu bual berstruktur dan separa berstruktur. Kajian ini mendapati penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian terjadi di Negara Brunei Darussalam. Hasil kajian ini memaparkan KRK telah membuat pelbagai usaha dan inisiatif dalam mengendalikan kanak-kanak yang didera walau bagaimanapun masih memerlukan kepada penambahbaikan seperti mengemaskini kurikulum pendidikan ugama, merancang latihan kepakaran bagi pegawai dan kakitangan yang terlibat dan perkongsian ilmu dengan agensi luar atau Kompleks Rumah Kebajikan yang terdapat di luar negara agar dapat mencetuskan idea-idea pembaikan. Perkembangan kanak-kanak yang didera dan diabaikan sentiasa diambil perhatian dalam usaha melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah baik dan seimbang iaitu dipantau dari segi Rohani, Emosi, Jasmani dan Intelek melalui program-program yang dirancang oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Nurul Hafizah Haji Sarudin, Adam Jait Copyright (c) 2023 UNISSA Press https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/ar-raiq/article/view/759 Sun, 31 Dec 2023 00:00:00 -0600