Vol. 5 No. 1 (2022): IJUS Vol.5, Issue No. 1, January 2022
Articles

Struktur Pentadbiran Dakwah Islam di Negara Brunei Darussalam: Kajian dari Tahun 1950-1985

Published 2022-01-01

How to Cite

Hajah Radziah Haji Abdullah. (2022). Struktur Pentadbiran Dakwah Islam di Negara Brunei Darussalam: Kajian dari Tahun 1950-1985. IJUS | International Journal of Umranic Studies, 5(1), Page 48–60. Retrieved from https://www.unissa.edu.bn/journal/index.php/ijus/article/view/409

Abstract

Sejak Awang Alak Betatar memeluk Islam, maka ugama ini telah menjadi pegangan dan cara hidup berbagai lapisan masyarakat Brunei khususnya yang menganut ugama ini. Oleh kerana Islam telah menjadi pegangan penting dalam kehidupan bernegara dan berbangsa, maka pentadbiran Islam telah menjadi salah satu daripada sistem pentadbiran negara. Pada tahun 1906, Sultan Hashim Jamalul Alam Aqamaddin telah menandatangani perjanjian tambahan kepada Perjanjian Perlindungan 1888. Dalam perjanjian ini, Negara Brunei Darussalam bersedia menerima seorang Residen British untuk membantu Sultan mentadbir negara. Perjanjian ini terpaksa ditandatangani oleh Sultan bagi menghalang kemerosotan wilayah Brunei pada waktu itu. Sejak dari itu, corak pentadbiran British lebih dominan berbanding dengan pentadbiran Islam. Walau bagaimanapun, apabila Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (1950-1967) menaiki takhta pada tahun 1950, baginda secara perlahan dan berhemah telah mengembalikan semula peranan pentadbiran Islam yang mana sebelumnya corak pentadbiran telah didiminasi oleh pentadbiran British. Artikel ini meneliti perjalanan dan perkembangan pentadbiran Islam dari segi struktur pentadbiran dakwah yang dijalankan dari tahun 1950 sehingga 1985 di Negara Brunei Darussalam. Metode yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan merujuk kepada laporan tahunan, minit mesyuarat, dokumen, buku dan jurnal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pentadbiran Islam dari aspek dakwah telah mampu ditingkatkan mutu pentadbirannya dari tahun ke tahun seperti penubuhan pelbagai jabatan. Bilangan mereka yang memeluk ugama Islam juga semakin bertambah. Pentadbiran Islam khususnya dalam aspek dakwah di Negara Brunei Darussalam berjalan dengan lebih teratur dan lebih bersistematik setelah ianya diletakkan di bawah Pusat Da’wah Islamiah.