Vol. 2 No. 2 (2019): IJUS Vol.2, Issue. 2, July 2019
Articles

Shaer Yang Di-Pertuan: Merafak Adat Istiadat Diraja

Published 2022-12-27

Keywords

  • Adat Istiadat Diraja,
  • Diplomasi dan Residen British,
  • sejarah,
  • syair

How to Cite

Norhayati binti Haji Abd Karim. (2022). Shaer Yang Di-Pertuan: Merafak Adat Istiadat Diraja . IJUS | International Journal of Umranic Studies, 2(2), 63–72. https://doi.org/10.59202/ijus.v2i2.551

Abstract

Adat Istiadat Diraja adalah adat Istiadat Negara. Ianya merupakan teras identiti kebudayaan negara yang menjadi lambang kepada asas keperibadian bangsa bahkan ianya juga merupakan adat turun temurun Kesultanan Brunei yang dipratikkan mengikut kesesuaian upacara atau majlis yang dilengkapi dengan alat kebesaran diraja. Dalam artikel ini menumpukan kepada pembudayaan adat istiadat diraja yang diketengahkan di dalam Shaer yang di-Pertuan sewaktu Kerajaan Brunei di bawah naungan Residen British di dalam pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1906-1924). Karya ini meriwayatkan hubungan diplomatik antara Brunei dan Great Britain dalam bentuk syair yang menjelaskan mengenai persiapan dan sambutan kedatangan Kerabat Diraja British yang sedang membuat lawatan kerja ke negara-negara di bawah naungannya di Asia Tenggara termasuklah Brunei. Memandangkan hal ehwal pentadbiran negara dimonopoli oleh pihak Residen British, namun Sultan Muhammad Jamalul Alam II mampu mempratikkan serta mengekalkan adat Istiadat Diraja di dalam pentadbiran serta majlis-majlis resmi negara seperti menerima kunjungan deligasi perwakilan Queen of British Kingdom. Hasil daripada penelitian secara kualitatif dengan menyandarkan beberapa dokumen iaitu laporan catatan Brunei tahun 1922 yang direkodkan oleh pihak Residen British beserta dengan bahan sejarah yang lainnya dapatlah disimpulkan bahawa sambutan yang diadakan secara resmi dan besar-besaran  ke atas para rombongan luar berkenaan melambangkan  keramahan dan kesantunan Kerajaan terhadap mereka yang datang ke Brunei seperti mana yang dijelaskan di dalam buku Shaer Yang di-Pertuan yang boleh dijadikan sebagai salah satu sumber premium daripada prospektif  tempatan dalam usaha melistarikan dan mengekalkan adat Istiadat Diraja semasa Residen British menjadi penasihat pentadbiran Brunei.