Vol. 1 No. 1 (2019): JALL Vol.1, No. 1, February 2019
Articles

Majāz Mursal Dalam Amthāl Rasulullah (S.A.W.)

Published 2019-02-28

How to Cite

Mohamad Hussin, Ahmad Arifin Sapar, & Mat Taib Pa. (2019). Majāz Mursal Dalam Amthāl Rasulullah (S.A.W.). JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature, 1(1), Page 61–80. https://doi.org/10.59202/jall.v1i1.370

Abstract

Kajian ini merupakan kajian teks yang menfokuskan kepada elemen majāz mursal dalam beberapa amthāl yang dipetik daripada sabdaan Rasulullah (S.A.W.). Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan elemen majāz mursal dalam nas berkaitan. Dalam melakukan analisis ini, empat amthāl yang dipetik daripada hadis Rasulullah (S.A.W.) diambil sebagai bahan kajian. Fokus kajian ialah perkataan dan ungkapan yang terdapat dalam nas kajian yang mengandungi elemen majāz mursal. Kajian mendapati pertuturan Rasulullah (S.A.W.) kaya dengan elemen majāz mursal dengan pelbagai hubungan. Penggunaan elemen ini menyumbang kepada perluasan makna, bersifat mengemukakan gambaran boleh nampak kepada golongan sasaran di samping mampu menjelaskan makna dengan sejumlah perkataan yang sedikit.