info@unissa.edu.bn +673 2462000

KHIDMAT MASYARAKAT MINGGU TA’ARUF UNISSA 2020

Home > News > KHIDMAT MASYARAKAT MINGGU TA’ARUF UNISSA 2020

Bandar Seri Begawan, 29 Julai 2020:-

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengendalikan beberapa aktiviti khidmat masyarakat sempena Minggu Ta’aruf UNISSA  2020.

 

Aktiviti Khidmat Masyarakat tersebut dihasratkan dapat memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar baru sesi akademik 2020/2021 mengenai peranan belia untuk berkhidmat dan menyumbang bakti kepada masyarakat. Selain itu, aktiviti ini juga disasarkan untuk menjadi pendorong kepada pelajar untuk menjadi belia yang lebih proaktif, peka dan prihatin kepada masyarakat dan persekitaran di samping dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim sesama pelajar dan komiti UNISSA.

 

Aktiviti tersebut telah disertai oleh lebih (300) orang pelajar dan dikendalikan oleh (63) orang komiti UNISSA yang berlangsung di Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Brunei dan Muara. Kawasan yang terlibat ialah di Pantai Kuala Belait, Pantai Seri Kenangan Tutong, Kolej Kediaman UNISSA, Pantai Meragang, Ameen Farm Kampong Kilanas, Pantai Muara, Pantai Serasa, Tanah Perkuburan Islam Ranggas dan Tanah Perkuburan Islam Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

 

Di setiap lokasi dan sepanjang aktiviti dijalankan, para pelajar dipastikan untuk mengikuti langkah-langkah keselamatan dengan mengekalkan tahap kebersihan individu yang tinggi dan mengamalkan penjarakan sosial seperti mana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan tempoh aktiviti dihadkan ke 2 jam sahaja.

 

Selain daripada aktiviti kempen kebersihan, semua pelajar juga berkesempatan untuk mengadakan majlis tahlil dan arwah di tanah perkuburan yang terlibat. Aktiviti tersebut dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Pelindungan daripada Wabak Covid 19.

Pelajar membersihkan salah satu Pantai yang terlibat

Pelajar Didedahkan cara bercucuk tanam di Kawasan Ameen Farm Kampong Kilanas

Pelajar Didedahkan cara bercucuk tanam di Kawasan Ameen Farm Kampong Kilanas

Aktiviti Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan

Pantai Serasa

Pantai Serasa

Idioms and phrases by theidioms.com