Majlis Penyerahan Derma Anak Yatim Bagi Warga UNISSA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Majlis Penyerahan Derma Anak Yatim Bagi Warga UNISSA

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Majlis Penyerahan Derma Anak Yatim Bagi Warga UNISSA.

Aktiviti yang berkebajikan ini adalah merupakan acara tahunan UNISSA dalam menyemarakan bulan Ramadhan di samping  program-program Ihya Ramadhan yang telah dijalankan sebelumnya seperti majlis khatam al-Quran secara online dan sambutan Nuzul al-Quran.

Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk meraih keberkatan dengan menggandakan amal ibadat di bulan yang mulia ini serta untuk mengembirakan hati anak-anak yatim khususnya dari anak-anak warga UNISSA termasuk pelajar-pelajar dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang ini.

Pada tahun ini, seramai 41 orang anak yatim telah menerima sumbangan tersebut dengan penyerahannya menggunakan kaedah pandu lalu (drive thru) yang disempurnakankan oleh Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

Adapun kaedah berkenaan bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan COVID-19 dan mengelakkan kesesakan dan perhimpunan beramai-ramai sebagaimana disarankan oleh pihak Kerajaan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YM Dr Supri bin Haji Sudin, Dekan Pelajar selaku Pengerusi Majlis Program Ihya Ramadhan UNISSA.