info@unissa.edu.bn +673 2462000

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PENUTUP TADARUS, IFTAR JAMA’I (BERBUKA PUASA) DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK YATIM & PENERIMA BANTUAN WARGA UNISSA 1442H/2021M UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Home > News > MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PENUTUP TADARUS, IFTAR JAMA’I (BERBUKA PUASA) DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK YATIM & PENERIMA BANTUAN WARGA UNISSA 1442H/2021M UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

PREES RELEASE

 

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN

PENUTUP TADARUS, IFTAR JAMA’I (BERBUKA PUASA)

DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK YATIM & PENERIMA BANTUAN WARGA UNISSA 1442H/2021M

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Penutup Tadarus, Iftar Jama’i (Berbuka Puasa) dan diselajurkan dengan Penyampaian Derma Anak Yatim & Penerima Bantuan Warga UNISSA pada hari Isnin, 20 Ramadhan 1442H bersamaan 03 Mei 2021M, jam 5.15 petang, bertempat di Surau Al-Syafi’i, UNISSA.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal. Juga turut hadir ialah pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa/i Kolej Kediaman UNISSA.

 

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan kemudian diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran.

 

Objektif majlis adalah bagi memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran sebagai satu mukjizat agung yang diturunkan kepada Rasullullah SAW, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara para pelajar, staf akademik serta pegawai dan kakitangan UNISSA.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian derma kepada 31 orang anak yatim dan 13 orang penerima bantuan warga UNISSA yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.  Sumbangan derma adalah hasil daripada kutipan sumbangan daripada warga kerja UNISSA.

 

Majlis diakhiri dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah dan iftar jama’i (berbuka puasa).

Idioms and phrases by theidioms.com