info@unissa.edu.bn +673 2462000

PENDAFTARAN BAGI KURSUS NVIVO HANDS-ON-TRAINING 12 (QUALITATIVE DATA ANALYSIS) ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Home > News > PENDAFTARAN BAGI KURSUS NVIVO HANDS-ON-TRAINING 12 (QUALITATIVE DATA ANALYSIS) ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Press Release (01)

 

PENDAFTARAN BAGI KURSUS NVIVO HANDS-ON-TRAINING 12 (QUALITATIVE DATA ANALYSIS)

                       ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI         

 

 

 

 

Bandar Seri Begawan, 8 Mei – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah membukakan pendaftaran bagi kursus Nvivo Hands-On-Training 12 (Qualitative Data Analysis) kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan atau bukan kerajaan, para belia serta orang ramai yang berminat.

Adapun tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan gambaran keseluruhan mengenai perisian NVIVO 12 dan membantu peserta untuk menganalisis projek penyelidikan secara kualitatif. Kursus tersebut akan dilaksanakan secara hands-on, di mana peserta berpeluang untuk meneroka dan menggunakan ciri-ciri utama yang terdapat dalam perisian NVIVO 12. Peserta juga berpeluang menggunakan contoh data yang disediakan oleh fasilitator atau menggunakan data anda sendiri untuk latihan-latihan analisis data.

 

Untuk makluman orang ramai, kursus Nvivo Hands-On-Training 12 (Qualitative Data Analysis) ini akan diadakan selama dua hari iaitu pada hari Selasa dan Rabu, 29 dan 30 Jun 2021, jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Yuran pendaftaran bagi kursus Nvivo Hands-On-Training 12 (Qualitative Data Analysis) ialah BND $200.00 (bagi setiap seorang peserta).

Pendaftaran bolehlah dibuat melalui link: https://bit.ly/3cWOQZD. Tarikh tutup pendaftaran bagi kursus ini ialah pada hari Sabtu, 5 Jun 2021. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.

Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Simpang 347, Jalan Pasar 

Gadong BE1310, Negara Brunei Darussalam

Tel: 2462000 ext.204/202

Idioms and phrases by theidioms.com