info@unissa.edu.bn +673 2462000

PENDAFTARAN KURSUS INTENSIF ILMU HADITH SIRI PERTAMA ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Home > News > PENDAFTARAN KURSUS INTENSIF ILMU HADITH SIRI PERTAMA ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

PRESS RELEASE

 

PENDAFTARAN

KURSUS INTENSIF ILMU HADITH SIRI PERTAMA
ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

 

Bandar Seri Begawan, 24 April – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Usuluddin dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah membukakan pendaftaran bagi kursus Intensif Ilmu Hadith Siri Pertama kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan atau bukan kerajaan, para belia serta orang ramai yang berminat.

Adapun tujuan kursus Intensif Ilmu Hadith Siri Pertama ini diadakan adalah khusus untuk memberikan kefahaman kepada orang ramai mengenai ilmu Takhrij al-Hadith dan kepentingannya, kefahaman dalam menggunakan cara-cara teknik khusus untuk mengeluarkan hadith melalui sumbernya yang asli serta memahami penggunaan sumber-sumber rujukan dan metodologi penulisannya. Kursus Intensif Ilmu Hadith Siri Pertama ini juga memfokuskan kepada kaedah mengeluarkan Hadith berdasarkan perkataan-perkataan ganjil (Gharib) atau lafaz penting yang terdapat dalam matan hadith.

Untuk makluman orang ramai, kursus Intensif Ilmu Hadith Siri Pertama ini akan diadakan pada hari Sabtu, 12 Jun 2021, jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Yuran pendaftaran bagi kursus Intensif Ilmu Hadith Siri Pertama ini adalah sebanyak BND $100.00. Pendaftaran bolehlah dibuat melalui link https://bit.ly/KIIH_2021 dan tidak lewat pada hari Sabtu, 22 Mei 2021, jam 4.30 petang.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.

Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Simpang 347, Jalan Pasar 

Gadong BE1310, Negara Brunei Darussalam

Tel: 2462000 ext.204/202

Idioms and phrases by theidioms.com